Thursday, April 7, 2011

Kapal Penumpang Libya Tenggelam

7 April Sisilia, Itali - Sebuah kapal yang membawa penumpang warganegara Libya tenggelam di perairan selatan Sisilia, Itali semalam. Seramai 130 sehingga 250 penumpang kapal tersebut dilaporkan hilang dan 15 daripadanya yang ditemui telah meninggal dunia.

Pasukan penyelamat ketika ini telah menyelamatkan 47 orang, termasuklah seorang wanita yang sarat mengandung. Kapal ini telah membawa lebihan muatan sehingga menyebabkan ia tenggelam. Menurut laporan dari Organisasi Migrasi International (IOM), terdapat beberapa orang nelayan dari Iitali yang berjaya menyelamatkan 3 orang mangsa yang tenggelam pada hari kejadian.

Jabatan kaji cuaca Itali mengatakan, angin kencang dan ombak besar menyulitkan lagi keadaan kapal dan helikopter pasukan penyelamat untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat. Menurut maklumat dari penjaga pantai di sini,kapal tersebut telah membawa seramai 200 orang, namun sebaliknya maklumat dari IOM mengatakan keseluruhan penumpang ialah 300 orang dan 250 mangsa lagi masih tidak ditemui sehingga kini.

Isnin lalu, pasukan penyelamat PBB menyebut lebih dari 400 warga Libya telah meninggalkan negara mereka dengan menggunakan dua kapal, namun sehingga kini keadaan ratusan warga tersebut masih belum diketahui.

Keadaan yang semakin meruncing di Libya menyebabkan ratusan warga negara utara Afrika berusaha meninggalkan negara itu. Mereka memilih untuk meninggalkan Libya dengan harapan mendapat kehidupan yang lebih baik dan tidak mahu menjadi korban pertikaian antara para pemberontak dengan tentera penyokong Kolonel Muammar Ghaddafi.


Sumber : Mediaindonesia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook