Wednesday, May 11, 2011

7 Orang Islam Disyaki Dalam Operasi Pembunuhan Osama bin Laden Ditahan

10 Mei 2011, Perancis: Pihak Polis Perancis menahan 7 orang islam yang disyaki mempunyai hubungan dengan rakyat Perancis yang ditahan di Pakistan awal tahun ini,di bandar kematian ketua gerakan Al-Qaeda, Osama Bin Laden minggu lepas.

Sumber siasatan Reuters berkata, 7 suspek ditangkap di pusat bandar Paris, pinggir bandar utara Seine Saint Denis, ketika mendaratnya pesawat di lapangan kapal terbang Charles de Gaulle yang berasal dari Algeria.

Stesen televisyen Perancis, My FM melaporkan, setiap suspek disoal hubung kaitan mereka dengan rakyat perancis yang ditahan awal tahun ini di Abbottabad, Pakistan, bandar tempat persembunyian ketua gerakan Al-Qaeda, osama Bin Laden sebelum serangan udara oleh pesawat Amerika Syarikat 2 Mei lepas.

Menteri Dalam Negeri, Claude Jun menjangka serangan balas menuntut bela di atas pembunuhan Osama Bin Laden dan mengumumkan langkah berjaga-jaga di seluruh Eropah. Dia menambah, tidak wujud bukti sehingga sekarang bahawa akan berlakunya bahaya keganasan di Perancis.

Olahan Sumber : Islammemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook