Thursday, March 31, 2011

Syria: Latar belakang Presiden dan Ucapannya 30 Mac 2011

Presiden Syria, Bashar al Assad


Bashar al-Assad mengambil alih jawatan Presiden pada bulan Julai 2000, sebulan selepas ayahnya Hafez al-Assad meninggal.


Ayahnya, Hafez Al Assad telah memerintah Syria selama tiga dekad dan di warisi puteranya Bashar Al Assad melalui Parti Baath berbentuk arab sosialis.


Parti Baath di tubuhkan di Damsyik pada tahun 1947 dan merupakan sebuah parti pan-Arab sekular dan bermoto kan “ Persatuan, Kebebasan, Sosial”.


Bashar Al Assad yang berkelulusan Oftalmologi di Universiti Damsyik pada tahun 1988, telah menyambung pengajiannya di London pada tahun 1992, telah di pilih menjadi Presiden Syria walaupun menunjukkan kecenderungan yang sedikit minat dalam bidang politik.



Ucapan beliau di hadapan ahli Parlimen Syria semalam, 30 Mac 2011

Dia terpaksa kembali ke Damsyik, ibu negara Syiria dari London selepas abangnya Basil Al Assad yang pada awalnya ingin di angkat menjadi presiden Syria telah terkorban dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1994.


Al assad kemudiannya menjadi komander batalion tentera pada tahun 1994, kemudian dilantik menjadi leftenan kolonel pada tahun 1997 sebelum dilantik menjadi kolonel pada Januari 1999.


Beliau terpilih menyertai parti Baath di Kongres Pertama pada bulan jun 2000 serta menduduki kerusi parlimen bagi membuat pindaan perlembagaan mengenai had minimum berumur 40 tahun untuk membolehkannya dicalonkan sebagai Presiden Syria.


Beliau di pilih menjadi presiden syiria, dengan majoriti pungutan suara 97%, dan mula berkhidmat pada tarikh 11 julai 2000.


Bashar, yang dilihat sebagai seorang modernis, disambut baik masyarakat Syria dan telah berjanji untuk menyuntik kebebasan baru dan membuka pasaran Syria.


Tetapi pakej pembaharuan yang dikenali sebagai “Damascus Spring ” terbukti hanya retorik selepas mewarisi bentuk pemerintahan seperti ayahnya iaitu “ pemerintahan kuku besi”.


Disunting dari: Portal al Jazeera


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook