Thursday, March 31, 2011

Profail: Bashar al-Assad


Presiden Syria telah memerintah selama lebih dari 10 tahun.

Bashar Al Assad di angkat menjadi presiden menggantikan ayahnya selepas abangnya Basil terkorban akibat kemalangan jalan raya

Bashar al-Assad mengambil alih jawatan Presiden pada bulan Julai 2000, sebulan selepas ayahnya Hafez al-Assad meninggal.

Ayahnya, Hafez Al Assad telah memerintah syiria selama tiga dekat dan di warisi puteranya Bashar Al Assad melalui parti Baath arab sosialis.

Parti Baath di tubuhkan di Damaskus pada tahun 1947 dan ia sebuah parti pan-Arab sekular dan bermoto kan “ Persatuan,Kebebasan,Sosial”.

Bashar Al Assad yang berkelulusan oftalmologi di Universiti Damsyik pada tahun 1988, telah menyambung pengajiannya di London pada tahun 1992, telah di angkat menjadi Presiden syiria walaupun menunjukkan sedikit minat dalam politik.

Dia terpaksa kembali ke Damsyik, ibu negara Syiria dari London selepas abangnya Basil Al Assad yang pada awalnya ingin di angkat menjadi presiden syiria telah terkorban dalam kemalangan kereta pada tahun 1994.

Al assad kemudiannya menjadi komander batalion tank pada tahun 1994, kemudian diangkat menjadi leftenan kolonel pada tahun 1997, sebelum dilantik menjadi kolonel pada Januari 1999.

Beliau terpilih menyertai parti baath di kongres pertama pada bulan jun 2000 serta menduduki kerusi parlimen bagi membuat pindaan perlembagaan mengenai batas usia minimum 40 untuk membolehkan dia di calonkan sebagai presiden syiria.

Beliau di pilih menjadi presiden syiria, denagn mejoriti suara 97%, dan mula berkhidmat pada tarikh 11 julai 2000.

Bashar, yang dilihat sebagai seorang modernis, disambut baik masyarakat syiria, dan ia berjanji untuk menyuntik kebebasan baru dan membuka pasaran syiria.

Tetapi pakej pembaharuan yang dikenali sebagai “musim semi damsyik” terbukti hanya omong-omong kosong selepas mewarisi bentuk pemerintahan seperti ayahnya iaitu “ pemerintahan kuku besi”.

Sumber : http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2007/07/200852518514154964.html

Diolah oleh mohd fakhrul ariff madzlan

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook