Thursday, March 31, 2011

Bandar Misrata Ditawan Semula oleh Ghadafi


30 Mac, Misrata- Serangan artileri dan meriam digunakan oleh penyokong setia Kolonel Muammar Ghadafi pemimpin Libya terhadap bandar Misrata. Menurut jurucakap pihak pemberontak dan pihak hospital, serangan ini berlaku sehari selepas terjadinya pertumpahan darah di kawasan Timur bandar Tripoli yang menyebabkan 18 orang terkorban.

Jurucakap yang enggan dikenali menyatakan, serangan dilakukan dibeberapa kawasan Misrata dengan kelengkapan logistik kereta kebal dan meriam.

Serangan di Misratah ini merupakan kesinambungan daripada serangan berdarah dari tentera yang masih setia bersama Presiden Muammar Gaddafi yang berlaku semalam sehingga mengorbankan 18 orang termasuklah empat dari sebuah keluarga di sini.

Pihak pemerintah Libya Isnin lalu telah menyatakan, serangan yang akan dilakukan ke atas Misrata ini merupakan suatu perlaksanaan sistem ke atas bandar tersebut melalui arahan kementerian Dalam Negeri Libya dalam menguasai semula bandar Misrata yang telah ditawan pemberontak.

Dalam perkembangan yang sama, tentera penyokong Muammar telah bersiap sedia untuk menguasai semula Ras Lanuf Timur Libya selepas beberapa hari ditawan oleh pemberontak. Tindakan ini memaksa pemberontak melarikan diri dari bandar yang strategik untuk dikuasai atas faktor hasil buminya, minyak menuju Timur negara Libya.

Pemberontak telah mula menguasai beberapa bandar daripada tentera Muammar Gaddafi selepas mana logistik tentera-tentera itu lumpuh dari serangan udara dari tentera-tentera barat pada minggu lepas.





Sumber disunting dari: Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook