Thursday, March 31, 2011

Libya : Menteri Luar Negeri Libya Digugurkan?


Seorang dari pro pembangkang yang tinggal di ibu kota London yang juga seorang Menteri Luar Negeri Libya, Musa Kusa telah keluar dari kelompok pemerintahan Kolonel Muammar Gaddafi dan tiba di lapangan terbang Heathrow, London.

Musa Kusa, pembangkang Libya meminta kepada kerajaan Inggeris untuk memudahkan kemasukannya ke negara tersebut. Beliau membuat kenyataan dalam berita Al- Arabiya petang semalam.

Musa Kusa memberitahu kepada ‘Agensy News Tunisia’ semalam bahawa beliau akan bertolak ke Tunisia dari London. Tujuan kedatangan beliau ke Tunisia dirahsiakan dengan alasan sekadar lawatan. Akan tetapi kedatangan secara rahsia ini telah menimbulkan pelbagai persoalan sama ada kedatangannya ini adalah utusan dari Muammar Gaddafi sendiri, atau beliau adalah salah seorang menteri yang telah digugurkan dari kabinet dan tidak mahu mengumumkannya.

Sumber ada mengatakan bahawa Menteri Luar Negeri Libya itu ditemui di Tunisia bersama “Pegawai Perancis” di sebuah pulau pelancongan, Hotel Djerba 500 km dari selatan Tunisia. Beliau ditemui tanpa sebarang pengenalan diri. Sumber lain juga mengatakan bahawa Musa Kusa mengundurkan diri dari pemerintahan Muammar Gaddafi dan secara rasminya terus menyokong pemberontak untuk menghancurkan pemerintahan Muammar Gaddafi.

Kehadiran beliau ke Tunisia untuk membuat hubungan baik dengan pihak Barat dan membantu PBB dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Musa Kusa tiba ke Tunisia pada hari Isnin lepas sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Rakyat Luar Penghubung dan Kerjasama Antarabangsa ( Jabatan Luar Negeri Libya ) dengan melalui sempadan Ras Al-Jaber yang terletak di antara Tunisia dan Libya.

Sebuah kenyataan rasmi telah dikeluarkan dari Jabatan Luar Negeri Tunisia bahawa lawatan peribadi yang dijadualkan tidak tercatat dalam lawatan rasmi dengan kerajaan sementara Tunisia. Dalam pada itu, dicatatkan bahawa Libya adalah salah satu negara yang dilarang untuk pergi dengan arahan daripada PBB.


Sumber disunting dari : Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook