Friday, April 1, 2011

Yaman : Peralihan Yaman Setelah Pergolakan Besar-besaran 28 March 2011


Kenyataan dikeluarkan melalui radio-radio tempatan bagi mengingatkan supaya wanita tidak keluar berseorangan dan hanya keluar ketika ada keperluan penting sahaja kerana membimbangkan keselamatan mereka.

Dokumen keselamatan juga perlu dibawa bersama ketika keluar seperti kad pengenalan peribadi, keluarga atau passport.

Menurut Radio Abyan, kumpulan-kumpulan bersenjata yang bergabung dengan Al-Qaeda berkumpul di istana presiden, secara tidak langsung mereka telah menguasai beberapa bangunan penting termasuk penyelenggaraan radio tempatan dan kilang peluru yang terletak di kota Jaar di wilayah Abyan.Turut dikhuatiri akan membunuh 150 orang yang berada dikawasan tersebut dan akan mencederakan beratus-ratus orang awam. Mereka juga dapat menguasai Istana Republik dan Radio Abyan selepas mengepung selama dua hari.

Pihak media tempatan Yaman selaku sumber rasmi telah mendedahkan bahawa ada diantara pemberontak atau aktivis penunjuk perasaan dapat memiliki istana presiden. Dalam masa yang sama tokoh masyarakat dan imam masjid diserahkan kepada jawatankuasa yang telah dibentuk di kawasan-kawasan tersebut setelah memiliki istana Rebublik dan Stesen Radio.

Presiden Ali Abdullah Salleh akan membuktikan kepada dunia bahawa kerajaan beliau mampu memerangi kumpulan-kumpulan pelampau dan mampu memerangi keganasan.

Jawatankuasa Persiapan Dialog Nasional, Mohammed al Sabri (pembangkang) bercakap di akhbar untuk meneruskan demostrasi di kawasan Abyan. Beliau mengatakan bahawa pembangkang Yaman tetap berusaha keras dalam menjaga tampuk pemerintahan yang akan dikuasai. Pihak-pihak yang menyokong pembangkang juga turut bersama tidak akan melemahkan kebangkitan Yaman seterusnya akan menggulingkan pertahanan kerajaan dan mereka tetap tidak akan berundur.


Sumber Di olah dari : Al- Mokhtasor

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook