Wednesday, January 19, 2011

Gempa Bumi di Pakistan 7.2 skala ricter


Gempa bumi berkekuatan 7,2 skala ricter menggoncang barat daya Pakistan, yang menyebabkan tiga kematian, sejumlah penduduk tempatan cedera, dan kerosakan struktur.

US Geological Survey (USGS) berkata gempa terjadi pada pukul 01:23 waktu tempatan pada hari Rabu (19 / 1), 55 kilometer (34 batu) sebelah barat Dalbandin, wilayah Balochistan pada kedalaman 83 kilometer (52 batu), menurut laporan Reuters.

Media tempatan telah melaporkan setakat ini tiga orang mati
Di Dalbandin, beberapa orang kecederaan apabila bumbung rumah mereka runtuh, menurut Menteri Pengangkutan wilayah Amanullah Notizai.

Sebuah bangunan tiga tingkat juga rosak di bandar pelabuhan Karachi.

Di wilayah sempadan India, Rajasthan, keretakan muncul di dinding beberapa rumah luar bandar.

Gegaran juga dirasakan hingga ke Dubai dan New Delhi.


Seismolog AS Don Blakeman mengatakan kedalaman gempa dikaji menjadi lebih dalam daripada yang dianggarkan. Laporan awal USGS mengatakan gempa cukup dangkal, dengan kedalaman 6,3 mil (10 kilometer).

Pusat gempa berada di daerah terpencil 320 kilometer (200 batu) di barat daya ibu negara Baluchistan Quetta, tidak jauh dari sempadan Afghanistan, kata ketua meteorologi Pakistan Arif Mahmood.

Tidak ada laporan tentang kerosakan besar di Dalbandin, Karan, dan Quetta, tiga bandar yang paling dekat dengan pusat gempa.

TV tempatan melaporkan bahawa gempa itu dirasakan di seluruh Punjab, Sindh, dan wilayah Balochistan di Pakistan, serta di bahagian Iran dan India.

Banyak orang di bandar raya terbesar di negara itu, Karachi, bergegas keluar ke jalanan akibat panik selepas gempa bumi.

Pusat Tsunami Pasifik mengumumkan bahawa gempa tidak menyebabkan tsunami di Lautan Hindi.
sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook