Wednesday, January 19, 2011

Muslim berlimpahan dijalanan , Masjid berkurangan di Perancis

Masjid minim, Muslim Perancis terlunta-lunta
Perancis-Seruan azan berkumandang melalui pembesar suara yang disimpan di atas sebuah kereta.
Pada masa yang sama, beratus-ratus muslim serentak menempelkan kening mereka ke tanah, membentuk lautan di jalanan.

Adegan ini tidak berlaku di bandar kecil di Kaherah, namun di sebuah jalanan ramai di utara Paris, jalanan kecil dari Basilika Sacre Coeur. Bagi penduduk tempatan, hal itu bukan fenomena baru. Sudah beberapa dekad, kaum muslim tetap melaksanakan solat berjamaah di jalanan dalam keadaan apapun, hujan maupun panas.


Namun bagi Marine Le Pen, fenomena tersebut semakin menguatkan ketakutannya bahawa kaum Muslim sedang mengambil alih Perancis dan menjadi kekuatan yang menjajah, seperti yang diungkapkannya secara awam bulan lepas.

Ucapannya telah mencetuskan kehebohan tersendiri saat dia menyimpulkan dan mempropagandakan bahawa Islam sedang mengancam nilai-nilai sekular negaranya dan mengingatkan semakin bertambahnya komuniti muslim serta suasana keimanan komuniti muslim yang menurutnya semakin taat dengan Islam dalam beberapa tahun terakhir.

Lebih dari dua pertiga rakyat Perancis dan Jerman kini beranggapan bahawa usaha mengintegrasikan Muslim dengan masyarakat tempatan telah mengalami kegagalan, kata lembaga polling IFOP dalam sebuah tinjauan yang diterbitkan pada 5 Januari. Di Perancis, tempat Islam menjadi agama kedua terbesar selepas Katolik, 42 peratus respondennya takut Islam menjadi ancaman bagi identiti nasional.

"Hal ini telah menjadi isu politik penting," kata Frederic Dabi, ketua kajian IFOP. "Solat di jalanan dan pengaruh Islam yang berterusan dipandang penting kerana ia mempengaruhi pada nilai-nilai sekularisme Perancis, kehidupan berkumpulan."

"Hakikat ketakutan ini seperti ketakutan terhadap beberapa simbol yang lain: Menara di Switzerland, Niqab di Perancis, bahkan makanan Halal segera," kata Dabi. "Aktivis sayap kanan yang bermain dengan ketakutan ini."

Masjid-phobia

Jamaah solat Jumaat yang berkumpul di jalanan itu tak lama , mereka akan melipat sejadahanya, kemudian mereka berpisah, untuk kembali bekerja.

Reuters melaporkan , sejumlah jamaah mengaku seandainya mereka memiliki tempat beribadah yang sebenarnya, mereka pasti akan mengelakkan solat di jalanan yang mereka tidak menghendaki mereka dibasah hujan .Ini disebabkan masjid Al Fath, yang ada di kawasan itu, terlalu kecil untuk menampung jemaah yang datang.

"Kami kesejukan dan basah kuyup. Apakah anda pikir kami akan tetap berada di luar sini jika kami ada pilihan? Semua orang solat berjemaah di sini (jalanan) kerana tidak ada ruang yang cukup, itu saja," tutur Mohammed Delmi (62).


Pemandangan seperti itu pun berlaku di seluruh penjuru Perancis di mana para jamaah muslim harus rela rukuk dan sujud di jalanan kerana masjid mereka sudah penuh, seperti diberitahu harian Liberation.

"Tempat ini tak cukup untuk mereka," kata Hakim El Karoui, ketua Institut Budaya Islam yang telah meminta kerajaan tempatan menangani permasalahan ini.

Muslim telah meminta kerajaan menyokong pembangunan masjid baru, namun mereka harus dihadapkan pada kesulitan besar, dari segi kewangan kerana di negeri 'fashion' itu, membuat larangan untuk memanfaatkan dana awam untuk tujuan keagamaan. Kesulitan yang kedua adalah Islamofobia serta ketakutan-ketakutan tak berdasar atas simbol-simbol Islam. Penyelidikan IFOP memperlihatkan bahawa sokongan terhadap pembangunan masjid menurun menjadi 20 peratus pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2000 yang berjumlah 31 peratus.

"Kami benar-benar bermasalah di sini," kata Moussa Niambele, ketua pasukan untuk perluasan Masjid Al Fath.

"Ada masalah menara di Switzerland dan mereka tidak mahu mengimport masalah seperti ini ke Perancis."

Di Paris, di mana penduduk Muslim lebih padat daripada tempat lain di Perancis, hanya ada satu masjid rasmi, La Grande Mosquee de Paris, terletak di taman Left Bank yang mewah, jauh dari lingkungan penghijrah.


El Karoui mengatakan bahawa masalah tersebut semakin dahsyat sejak penutupan sebuah masjid besar di utara Paris dua tahun lalu. Akibatnya, Muslim terpaksa solat di garage atau gudang-gudang yang sudah tak lagi terpakai.

Sebuah projek untuk membina ruangan ibadah baru yang juga akan menjadi Islamic Centre bernilai € 5,9 juta, harus tertunda karana kekurangan dana dan kemungkinan besar pembangunannya tidak akan bermula sebelum 2012, sebagaimana yang dirancang.

"Anda tahu, kami telah berdoa di jalan ini selama bertahun-tahun,sudah lama , sebelum Marine Le Pen membuat kenyataan," kata seorang jemaah lelaki.

"
Setakat ini, Saya tidak akan membuang jacket hujan saya "
sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook