Singapura 18 Dis 2010 - Sebuah monumen yang berusia 182 tahun lamanya telah dibina oleh golongan India Muslim dari Dargah di India. Berdasarkan catatan sejarah, monumen ini dibina bagi memperingati serta menyanjung golongan ahli Sufi yang suci pada abad ke-16. Sejurus itu, Singapura mengisytiharkan terus tempat suci ini sebagai Pusat Warisan Kebangsaan.
Pembinaan Nagore Dargah ini telah didedikasikan kepada seorang wali sufi yang mempunyai roh keagamaan yang kuat iaitu Meeran Sahib Abdul Qadir Shahul Hamid Badshah. Makam ini akan dibuka semula pada bulan Mei tahun hadapan selepas dua tahun pengubahsuaian yang menelan kos sebanyak 500 000 USD Singapura ( RM 1 juta). Perkara ini telah diumumkan oleh Dewan Agama Islam Singapura baru-baru ini.
Makam ini telah dibina sekitar tahun 1828 Masihi oleh masyarakat Tamil Muslim Chulia di Daerah Pusat Perniagaan Singapura. Tempat suci asli ini terletak di Daerah Nagapattinam di Tamil Nadu. Monumen ini banyak mempamerkan seni-seni pameran dan artifak-artifak yang menggambarkan kehidupan masyarakat Muslim India itu sendiri. Masyarakat India Muslim di negara itu terlalu menyanjung Shahul Hamid. Beliau juga dikatakan salah seorang dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W yang mana beliau ini telah banyak membantu dalam menyebarkan dakwah Islamiah di India.
Makam suci ini adalah salah satu daripada 61 bangunan Singapura yang telah dibina serta di kawal rapi kerana nilai sejarahnya terletak di bawah Perlindungan Monumen undang-undang negara.
Sumber diolah : Islam News
0 comments:
Post a Comment