Tuesday, December 14, 2010

Rusia: Islam Agama Kedua Terbesar Selepas Kristian Orthodoks

Masjid Kazan kremlin- Masjid Terbesar di Rusia

13 Dis, Rusia- Media negara Rusia hari ini mendedahkan peningkatan bilangan umat Islam di Rusia kebelakangan tahun ini. Masyarakat Rusia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa telah mula menerima agama Islam yang kini merupakan agama kedua terbesar di Rusia selepas Kristian Orthodoks.

solat dalam keadaan terkawal

Akhbar Nezavisimaya edisi Sabtu menyebut; Islam merupakan agama kedua di negara ini. Tambahnya lagi, mutakhir ini bilangan penganutnya yang berlulang alik ke masjid telah bertambah. Signifikasi perubahan ini berlaku sejak dua dekad kebelakangan ini dalam pembentukan masyarakat Islam dikalangan kepelbagaian umur ataupun bangsa.

kanak-kanak Rusia menanti waktu berbuka puasa

Rangkaian Televisyen Rusia (Russia Today) dalam warta beritanya hari ini berkata; situasi pada 10 tahun sebelum ini menyaksikan pemimpin masyarakat Islam Rusia terdiri daripada golongan yang sudah berumur. Mereka terdiri daripada dua bangsa iaitu Tatar dan Bashkir pada ketika dahulu yang sering mengimami masjid-masjid. Kini, kebanyakan penganut Islam adalah kalangan pemuda yang berumur lingkungan bawah 30 tahun. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.

Ketika perangkaan in dikeluarkan, ianya seiring dengan kajian dan perangkaan yang dibuat oleh Barat mengenai peningkatan bilangan penganut agama Islam di pelbagai negara. Peningkatan ini berlaku melalui peningkatan kelahiran anak pasangan umat Islam dan pertambahan penganut baru memeluk agama suci.


Sumber diolah: almokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook