Friday, November 19, 2010

Tekanan Gunung Merapi Semakin Terkawal



Tekanan letusan Gunung Merapi yang terletak di sempadan daerah Yogyakarta dan Jawa Tengah sejak akhir-akhir ini semakin menurun, akan tetapi penduduk diminta untuk tetap berhati-hati.

“Berdasarkan laporan dan pengamatan secara visual, awan panas masih ada akan tetapi ia semakin mengecil, serta semua pergerakan seismic seperti letusan gempa bumi dan tekanan lain berada dalam kawalan,” kata Ketua Pegawai Pusat Peringanan Risiko Geologi Gunung Merapi di bawah Kementerian Sumber Mineral dan Tenaga (PVMBG) Surono, di Yogyakarta hari ini.

Menurut Surono, gempa bumi dan Gunung Merapi kadang-kadang berlaku tidak mengira masa tetapi ia semakin menurun. Getaran itu masih berlaku secara berturut-turut demi mengurangkan dan melemahkan tekanan, tetapi ia tidaklah ditahap bahaya dan Gunung Merapi itu masih boleh dinilai tahap kestabilannya.

“Jika keadaan masih terkawal, beberapa pihak dari (PVMBG) boleh menilai, bahawa zon selamat sejauh 20 kilometer,”katanya.

Surono berkata, beberapa hari yang lalu, kelihatan asap yang keluar dari Gunung Merapi itu semakin berkurangan. Ketinggiannya semaksimum seribu meter hingga dua ribu meter sahaja dari puncak Gunung Merapi. Pada pagi ini, mereka memantau tahap ketinggian asap putih tebal setinggi 600 meter condong ke arah barat daya.

Hal ini menunujukkan, tekanan letusan semakin menurun dan dalam keadaan stabil. Masyarakat yang tinggal di kawasan itu, khususnya yang masih menetap di kem pelindungan sementara tetap setia menunggu berita tentang keadaan sebenar letusan itu.

“Kami meminta supaya mereka tetap bersabar sehingga keadaan Gunung Merapi benar-benar stabil dan terkawal. Kami melarang juga kepada penduduk untuk pulang ke kampung mereka,” katanya.

Pergerakan Gunung Merapi ini dipantau dengan rapi sejak pagi tadi. Ini menunjukkan gempa bumi yang berlaku dari letusan Gunung Merapi itu bergetar sebanyak empat kali, sekali daripada gempa tektonik dan diikuti dengan kepulan awan panas yang keluar secara berturut-turut.

Jika dibandingkan dengan laporan tentang Gunung Merapi sebelum ini, pada hari Khamis (18 Nov) sebanyak 57 kali Gunung Merapi itu meletus, getaran sebanyak enam kali, dua kali gempa tektonik dan skali gus keluar awan panas dari Gunung Merapi itu. (Ant/OL-9)

Sumber : Mediaindonesia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook