Saturday, November 20, 2010

Banjir Kecil Berlaku Sekitar Mekah



MINA 19 Nov. – Hujan lebat di Mina sejak petang semalam menyukarkan pergerakan jemaah untuk mengerjakan ibadah haji, yang kini semakin menghampiri penghujungnya.

Hujan mula turun di lembah kering ini sejak pukul 3 petang waktu tempatan semalam ketika kebanyakan jemaah mula meninggalkan khemah masing-masing untuk melakukan ibadah melontar jamrah bagi hari ketiga.

Sejak tengah hari semalam, Mina diselubungi awan hitam dan angin kuat sebelum hujan turun. Walaupun reda selepas beberapa jam, hujan gerimis berterusan sehingga meningkat pada paras buku lali. Ianya memenuhi jalan utama Mekah yang menyebabkan kesesakan trafik yang tinggi disebabkan jemaah berpusu-pusu untuk ke Mekah.

Kesesakan laluan trafik menjadi kritikal apabila gambaran yang diterima melalui media mendapati banyak kenderaan tersekat dijalan-jalan yang dinaiki air.

Air yang turun dari bukit-bukit sekeliling khemah penempatan jemaah mengalir deras sehingga menghanyutkan barangan jemaah di dalam khemah. Situasi tersebut mencemaskan para jemaah keranan masing-masing sibuk untuk menyelamatkan barang mereka.

Kami sudah bersiap sedia menghadapi hujan seperti yang dijangka. Alhamdulillah, hujan turun pada hari terakhir ibadah haji ketika jemaah berada di Mina. Jika hujan turun lebih awal maka semua mekanisme pentadbiran akan mengalami kesukaran besar,” kata seorang pegawai Pertubuhan Jemaah Asia Selatan.

Siaran media Arab Saudi merakamkan keadaan jemaah yang melontar dan melakukan tawaf rukun mengelilingi Kaabah ketika hujan.

Beratus-ratus jemaah masih berada di Mina untuk melakukan ibadah melontar yang memerlukan mereka menetap di sana sehari lagi untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Pertahanan Awam menempatkan anggota keselamatan di Mekah dan di tapak-tapak suci untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran hujan lebat petang semalam.

Sehingga kini, pihak keselamatan tiada laporan kemalangan jiwa sepanjang hujan lebat yang berlaku.

Bagaimanapun, persediaan telah dibuat untuk memindahkan kem-kem di Mina jika ia diancam banjir.

Kereta Api Mashair Terganggu

Sementara itu, perkhidmatan Kereta Api Mashair yang dilancarkan baru-baru ini mengalami lintar pantas ketika hujan lebat. Ia menyebabkan perjalanan koc ini tergendala sebentar akibat lintas pintas yang berlaku di stesen Mina. Walaubagaimanapun ianya tidak menjejaskan perjalanan jemaah dan tiada kecederaan yang dilaporkan berlaku.


Banjir 2009 Musim Haji 1430H

Pada tahun lepas, musim haji 1430H juga telah menyaksikan hujan turun dengan lebat pada malam 9 Zulhijjah iaitu pada hari Tarwiyah. Ketika itu banjir besar berlaku dikebanyakan bandar dan jalan disekitar Mekah serta Jeddah.





Catatan menunujukkan lebih 48 orang terkorban dan 900 ditempatkan ke penempatan sementara. Hujan turun dengan lebat menyebabkan jemaah haji terpaksa duduk berjaga di dalam khemah masing-masing dalam keadaan suhu mencecah kepada 18 darjah celsius ketika itu.


Diolah dari: Portal al Jazeera, Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook