Friday, November 19, 2010

Hujan Rahmat Untuk Jemaah Haji Di Mekah


Mekah 19 Nov 2010 – Hujan sepanjang malam semalam, telah menyebabkan keadaan di sekitar tempat ibadah menjadi huru hara ketika mana para jemaah haji sedang menunaikan ibadah haji mereka. Mereka terpaksa berebut-rebut untuk mencari tempat berteduh.

Seramai 2.8 juta umat Islam seluruh dunia yang menyertai ibadah haji ini. Ada diantaranya yang mengahabiskan ibadah hajinya semalam dan ada diantaranya juga masih menunaikan ibadahnya sehingga sempurna.

Dalam keadaan hujan yang tidak begitu lebat serta angin yang bertiup kencang telah menyebabkan suhu semakin dingin sehingga menyukarkan para jemaah haji sukar untuk mengawal keaadan kerana sejuk.

Akan tetapi, ada diantara mereka yang enggan mencari tempat berteduh malah mereka seronok menikmati hujan itu kerana mereka beranggapan hujan itu adalah rahmat untuk mereka dari Allah.

“Ini menandakan ibadah haji kami diterima oleh Allah dan bagi kami ia adalah satu rahmat,” kata jemaah haji dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Pegawai yang menjaga kem jemaah haji mula bimbang tentang kemungkinan akan berlaku banjir seperti yang pernah terjadi di Mina dan Mekah pada tahun sebelum ini. Akan tetapi, mereka yakin, pihak pengurusan yang menjaga di kem jemaah haji itu telah bertanggungjawab untuk menguruskan sistem perparitan dengan baik.

Pada hari kedua melontar jamrah, hampir tiga juta orang berjaya melakukannya tanpa berlaku sebarang masalah. Hal ini menunjukkan bahawasanya kesungguhan para jemaah haji dalam menyempurnakan setiap ibadah haji adalah satu kewajipan untuk mereka. (AP/newsyahoo)

Sumber diolah dari : Utusan

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook