Monday, November 22, 2010

Merapi: Penduduk Dibenarkan Pulang Selepas Pengumuman Zon Selamat


Media Indonesia

21 Nov, Yogyakarta- Jumlah penduduk yang mendiami penempatan sementara akibat dari bencana Gunung Merapi kini semakin berkurangan apabila pihak pemerintah mengumumkan penurunan tahap bahaya gunung berapi kepada zon selesa.


Penempatan di Stadium Maguwoharjo yang sebelum ini telah menempatkan hampir 9 ribu orang sudah kelihatan sunyi sepi kecuali beberapa kelompok keluarga. Ini berikutan penurunan tahap keselamatan gunung berapi kepada zon selamat daripada zon bahaya bagi penduduk tempatan.

Penurunan kepada tahap zon selamat bermula pada 14 Nov yang lalu dengan diturunkan kadar jarak selamat penduduk dari 20km kepada beberapa jaraka yang dekat lagi sehingga kepada 10km dari kawasan gunung berapi. Ia sebagai persediaan untuk menyelamatkan diri apabila siren amaran dikeluarkan oleh Jabatan Vulkonologi dan Bencana Geologi (PVMBG).

Walaupun begitu, para petugas masih diletakkan di pusat-pusat penempatan bagi mengambil langkah berjaga-jaga sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Diolah dari: Media Indonesia


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook