Monday, November 22, 2010

Merapi: Taksiran Kerugian Sedang Dicatat


21 Nov, Yogyakarta- Kerajaan Pemerintah hari ini telah menggariskan taksiran kerugian yang dialami akibat dari bencana Gunung Merapi pada 26 Oktober yang lalu. Beberapa daerah kejadian telah mengumumkan jumlah taksiran kerugian yang dicatat untuk dirancang pembangunan semula daerah-daerah terbabit.

Daerah Magelang

Kerugian yang tercatat bagi daerah Magelang sehingga kini mencecah Rp400 juta, menurut Pegawai Daerah Magelang, Singgih Sanyoto.

Dalam kejadian yang lalu, beratus hektar tanaman telah akibat dari pengaliran lahar, kematian haiwan-haiwan ternakan dan kemusnahan kediaman penduduk.

Berdasarkan perincian taksiran, sektor penternakan dan perikanan mengalami kerugian sekitar Rp150 juta dan sektor pertanian kerugian berjumlah Rp209 juta.

Daerah Boyolali

Pihak pemerintah mentaksirkan angka kerugian yang ditaksirkan bagi daerah Boyolali menjangkau Rp62,447 juta. Ini dijelaskan oleh Pegawai Daerah Boyolali, Sena Samodro semalam.

Perincian yang dibuat menunjukkan sektor pertanian mencatatkan kerugian sebanyak Rp61,8 juta, sektor perumahan Rp475,5 dan sektor penternakan sekitar Rp171,5 juta.

Bencana yang berlaku ini telah mengakibatkan kemusnahan hutan seluas 400 hektar.

Pembinaan Semula Penempatan

Sementara itu, sebanyak 705 penempatan sementara mula dibangunkan bermula hari Isnin ini (22 Nov) sehingga dua minggu akan datang.


3 daerah yang terlibat pada awal ini ialah Magelang, Boyolali dan Klaten.

Gabenor Jateng menjelaskan, pembinaan penempatan ini memakan masa hampir lama sehingga sebulan. Bagi daerah yang memerlukan unit rumah yang sedikit hanya akan mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Rumah ini disediakan bagi mengganti semula penempatan yang musnah teruk ketika kejadian gunung merapi bulan lalu.

Setiap unit rumah berukuran 28 meter persegi, terdiri daripada dua bilik tidur, bilik air, dapur dan ruang tamu.

Pembiayaan projek pembangunan ini telah diperolehi daripada Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) Indonesia.


Diolah dari: Media Indonesia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook