Tuesday, November 23, 2010

Konflik Afghanistan: Kanak-Kanak di Kandahar Lebih Selamat Dari London



Duta Awam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Mark Sidwell menyebut bahawa Kandahar – kubu kuat Taliban – kadang-kadang menjadi kawasan yang aman bagi kanak-kanak berbanding bandar-bandar besar Barat seperti New York dan London. Kenyataan ini menyanggah laporan yang dibuat oleh kumpulan Selamatkan Kanak-Kanak (Save The Children) yang menyeleweng.

Kenyataan ini juga bertepatan juga dengan apa yang di ucapkan bekas Duta Besar Britain di Afghanistan yang menyebut bahawa kanak-kanak di sini (Kandahar) lebih selamat dari keadaan kanak-kanak di London atau New York atau Glasgow atau bandar-bandar utama dunia lain.



Ketika ditemuramah oleh wartawan BBC Kanak-Kanak (CBBC), beliau menyanggah - kenyataan yang telah dibuat mengenai aduan dari kanak-kanak Kabul tentang keselamatan mereka berhadapan dengan serangan-serangan bom- bahawa di sana terdapat jumlah yang kecil serangan yang berlaku. Tidak seperti yang dilaporkan. Sebahagian besar dari mereka hidup seharian dalam keadaan aman. Kehidupan di bandar Afghanistan tidak jauh beza seperti kehidupan desa-desa di Barat.



Seorang pakar dari kumpulan Selamatkan Kanak-Kanak (Save The Children) yang enggan dikenali menyebut, kenyataan Sidwell itu sebenarnya bersalahan dengan fakta. Beliau menegaskan kanak-kanak Afghanistan mengikut purata kadar kematian bagi kanak-kanak berlaku sebelum sempat mencapi umur lima tahun.

Laporan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) mengumumkan
bahawa pada November 2009, Afghanistan sebagai tempat paling berbahaya yang tinggi populasi kelahirannya.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa 795 ribu mangsa yang terkorban atau cedera kesan dari konflik di Afghanistan bermula September 2008 hingga Ogos 2010.

Sabtu lalu telah menyaksikan satu demonstrasi mendesak penarikan semula seluruh pasukan tentera Britain dari bumi Afghanistan sebagai menetang peperangan yang berlaku. Ianya merupakan keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap kemusnahan masa depan rakyat Afghanistan sejak perang yang dilancarkan.(klik sini)

diolah Dari: Portal al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook