Sleman 6 Nov 2010 - Ketua Pegawai Pusat Peringanan Risiko Geologi Gunung Merapi di bawah Kementerian Sumber Mineral dan Tenaga (PVMBG) (link) , Surono telah menjelaskan bahawa sehingga ke saat ini, letusan Gunung Merapi masih lagi aktif dan lebih jelas lagi, Gunung Merapi itu tanpa diduga berkemungkinan akan kembali aktif lalu menghamburkan laharnya.
Surono berkata kepada sidang media ketika ditemui di Hospital Sardjito, Yogyakarta semalam,sehingga sekarang letusan Merapi itu belum sampai ke tahap maksimum. Kuasa Merapi itu belum habis meskipun beberapa kali telah mengeluarkan lahar panasnya.
“Pola letusannya bervariasi, adakalanya letusan itu membesar kemudiannya menjadi kecil dan adakalanya ia meletus dengan aktif sekali sehinggakan mengeluarkan isi material gas kerikil, material-material halus dan terus menghasilkan hujan abu sepertinya berlaku pada 3 dan 4 November yang lalu,” kata Surono.
Dia tidak boleh menjangkakan sejauh mana jarak keselamatan secara langsung. “Jika semalam, jarak selamatnya 15 kilometer, kemungkinan juga boleh meningkat kepada 20 kilometer,” katanya.
Sejurus selepas itu, Surono mengingatkan kepada semua penduduk di Kabupaten Sleman mahupun di Yogyakarta dan daerah sekitar kawasan lereng Gunung Merapi itu, supaya lebih berhati-hati dengan jarak aliran lahar yang sangat bahaya. “ Jika boleh, usahakan supaya penduduk tidak mendekati sungai dan haruslah mendengar setiap arahan yang diberikan dari petugas dan sukarelawan untuk tetap berada di kawasan yang dianggap selamat,” kata beliau.
Sumber dipetik dan diolah dari : Kompas
0 comments:
Post a Comment