Saturday, November 6, 2010

Angka Korban Tsunami Terus Meningkat Kepada 445 Orang



Mentawai, 6 Nov- Angka korban hari ini terus meningkat menjadi 445 mangsa yang terkorban, 15,353 mangsa yang berjaya dipiundahkan ke pusat penempatan sementara dan 58 lagi dilaporkan hilang.

Sumber menyebut bahawa sehingga kini pasukan penyelamat masih meneruskan usaha bagi menjejaki mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarga masing-masing. Ketua Operasi Penyelamat Komandan Korem berkata demikian, ketika ditanya mengenai status operasi menyelamat di Dusun Surat Aban, Pulau Pagai Selatan Mentawai.

Tambahan beliau, operasi menghantar bantuan kini masih diteruskan setelah kerajaan mengisytiharkan darurat disebabkan kejadian malang tersebut. Fokus utama bantuan kini kepada bantuan makanan asasi kepada mangsa yang sedang ditempatkan di pusat penempatan sementara.


Hasil pemetaan geografi yang dibuat, didapati 24 perkampungan yang terlibat dalam kejadian tsunami tempoh hari. 5 dari kawasan terbabit yang terletak dipinggir pantai Pagai Selatan mengalami kesukaran menerima bantuan melalui jalan darat. 4 perkampungan yang paling hujung pedalaman pula terpaksa menggunakan perhubungan udara helikopter bagi menyampaikan bantuan. Setakat ini, bantuan beras hampir 200 tan sudah berjaya dihantar bagi menampung jumlahh mangsa yang ditenpatkan.

Di Olah dari: Media Indonesia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook