Thursday, November 4, 2010

Banjir Teruk Di Kawasan Utara Malaysia


Alor Setar 4 Nov 2010 -Ekoran hujan lebat yang melanda kawasan utara Semenanjung Malaysia, beberapa buah kampung terutamanya yang terletak di kawasan rendah serta beberapa buah sekolah dilanda banjir kilat.

Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk dan dahsyat berbanding bencana yang berlaku Disember 2005 yang lepas. Seramai 3,500 mangsa kejadian dipindahkan ke pusat penempatan sementara setakat ini.

Tinjauan ke beberapa kawasan setakat malam semalam mendapati lima orang mangsa dicatatkan telah terkorban, antaranya dua orang kanak-kanak perempuan, Siti Nadia Shukor 13, dan adiknya Sharifah yang berusia lapan tahun dikhuatari lemas di kota Setar Kedah, manakala seorang remaja Muhammad Nurul Afiq Mohd Rozaidi 21, pula masih hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Baru, Simpang Empat Kangar, Perlis.

Melalui jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan sebanyak 94 pusat penempatan sementara telah dibuka di empat daerah, antaranya Kubang Pasu seramai 915,613 mangsa, Padang Terap 3,105 orang, Kota Setar 5,331 orang, dan Pokok Sena 1,039 orang.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, jumlah mangsa yang terlibat di Kedah dan Perlis sangat membimbangkan.

Hal ini dibuktikan melalui laporan dari Jabatan Meteorologi menyatakan bahawa walaupun cuaca cerah selama dua hari terakhir ini, penduduk harus berjaga-jaga terutamanya yang berada di kawasan rendah.

Beliau menyatakan perasaan lega apabila Kerajaan Perseketuan dan agensi kerajaan negari, serta organisasi swasta turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terkorban. Kerajaan negeri telah menyumbangkan sebanyak RM 300,000 peruntukan bagi usaha mengurangkan beban mangsa banjir.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Isa Dr Md Isa Sabu berkata, kira-kira dua pertiga dari kawasan itu masih berada di bawah air, termasuk beberapa pusat bantuan.

Bandar Kangar lumpuh sepenuhnya berikutan paras air yang semakin meningkat di beberapa kawasan.

Banjir kali ini telah menyebabkan banyak jalan ditutup di Express Utara- Selatan di Changlun Kedah, sejak hari isnin yang lalu. Selain itu, bekalan air dan elektrik terputus ekoran banjir kilat, terutamanya di Kota Setar.

Pejabat, restoran, dan gerai makanan khususnya di kedua-dua negeri itu, terpaksa ditutup. Lapangan kapal terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup semenjak sabtu lalu, ketika kawasan tersebut ditenggelami air.

Sumber diolah dari : Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook