Wednesday, November 3, 2010

Hujan Lebat, Banjir Teruk Mengalirkan Lahar Gunung Merapi

Banjir lahar dingin di Kali Kuning di Kelurahan Umbulharjo, Kecamatan Cangkringan, Sleman, Indonesia

Jakarta 3 Nov 2010-Hujan lebat yang turun di kawasan Sleman, Yogyakarta, dan khususnya di sekitar kawasan Gunung Merapi sehingga mengalirkan lahar dari Gunung Merapi dan membanjiri kawasan Kali Kuning, sisi Timur Kaliurang di Indonesia.

“Kami belum mendapatkan laporan yang lengkap, akan tetapi keadaan ini adalah disebabkan hujan yang sangat lebat,” kata Ketua Badan Penelitian dan Pengembangan Teknologi Gunung Merapi(BPPTK) Yokyakarta Subandriyo kepada Detikcom, hari ini.

Penduduk diingatkan supaya tidak melalui sungai-sungai yang berdekatan kerana banjir lahar yang mengalir ke sungai itu akan meluap sekaligus menghancurkan tebing sungai.

“Sekiranya hujan lebat yang turun ke kawasan ini dan mengalir ke sungai yang ada endapan hasil daripada letusan Gunung Merapi, akan menyebabkan banjir lahar semakin teruk,” kata Pakar Gunung Merapi, Dr Eko Teguh Paripurno dalam perbincangan beliau bersama Detikcom, Khamis lalu.

Banjir lumpur akibat lahar dan bahan-bahan dari Gunung Merapi bercampur dengan air sungai

Namun, banjir lahar ini tidaklah merbahaya. Ianya bergantung pada sebanyak mana endapan yang terkumpul dan selebat mana hujan yang turun di kawasan Gunung Merapi itu. Apabila lahar yang mengalir dan bercampur bahan yang dikeluarkan dari gunung dengan air akan menghasilkan satu aliran lumpur yang sangat panas.

“Seandainya sungai yang tersedia ada tidak mencukupi untuk menampung lahar Merapi yang mengalir akan menyebabkan kerosakan infrastruktur jalan, jambatan dan kawasan perumahan yang terdekat,” kata seorang Pensyarah Universiti Pembangunan Antarabangsa “ Veteren” Yogyakarta.

Sementara itu, dilaporkan bencana Gunung Merapi di Daerah Rawan itu telah berlaku pada jam 14.00WIB (waktu Indonesia) dan meluas sejauh 15 kilometer. Gunung Merapi itu juga tidak berhenti meletus serta menghamburkan laharnya. Walaupun kepulan awan panas tidak sebesar pada 26 Oktober lalu, namun jarak alirannya jauh lebih panjang dari sebelumnya.

Pada 26 Oktober lalu, dilaporkan kepulan awan panas yang berlaku sejauh 7.5 kilometer, namun pada petang ini (waktu Indonesia) kepulan awan panas meningkat sejauh 9 kilometer.

Sumber diperolehi dari : Detik.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook