Friday, October 15, 2010

Pakistan: Taksiran Kerugian Bernilai RM 30.4 bilion



Gambaran ketika banjir sedang melanda Julai lalu


ISLAMABAD 14 Okt. - Banjir buruk baru-baru ini menyebabkan Pakistan mengalami kerugian yang ditaksirkan berjumlah AS$9.5 bilion (RM30.4 bilion) akibat kerosakan infrastruktur, sektor pertanian dan lain-lain sektor di negara ini.

Anggaran tersebut dikemukakan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia dengan kerjasama kerajaan Pakistan.

Kerugian besar itu memperlihatkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh Pakistan yang kini sudah pun bergantung kepada pinjaman antarabangsa sebelum dilanda banjir.

Walaupun negara lain termasuk AS sudah menyumbangkan berjuta-juta dolar untuk operasi bantuan, mereka juga memberi amaran kepada Pakistan mereka tidak mungkin menanggung seluruh kos pemulihan dan pembangunan semula yang dianggarkan boleh mencapai lebih AS$40 bilion (RM128 bilion).

Pegawai AS khususnya menggesa Pakistan memperbaiki sistem pungutan cukainya yang lemah bagi membantu membiayai program pembangunan semula jangka panjang.

Angka AS$9.5 bilion itu hanya meliputi nilai semasa bagi jalan, bangunan, sistem saliran dan sektor lain yang ditaksirkan di seluruh negara, bukan kos untuk membinanya semula, kata seorang pegawai kerajaan.

Tambahan beliau lagi, kos pembinaan semula akan bergantung kepada projek-projek yang dipilih untuk dilaksanakan oleh kerajaan samada melakukan pembinaaan semula seperti sedia kala atau pembangunan yang baru.

Banjir terburuk dalam sejarah Pakistan itu bermula pada akhir Julai lalu semasa hujan monsun yang sangat lebat, akhirnya melanda satu per lima (1/5) kawasan negara ini dan menjejaskan kehidupan kira-kira 20 juta daripada 175 juta penduduknya.
Hampir 2,000 orang terbunuh manakala berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Persidangan Friends of Democratic Pakistan

Dalam perangkaan pemulihan struktur negara, satu persidangan Friends of Democratic Pakistan (FoDP)
kali yang ketiga diadakan di Brussel ibu negara Belgium pada hari Jumaat ini bagi membincangkan isu bantuan dan kemampuan Islamabad untuk mencapai kestabilan dan pembangunan semula negara yang musnah akibat bencana banjir yang di alami sejak Julai lalu.


Persidangan yang disertai 26 buah negara ini kebanyakannya akan diwakili oleh menteri-menteri luar negeri dan pegawai, termasuk pegawai Kementerian Luar dari Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton, Menteri Luar Negeri Pakistan Mehmood Qureshi, Wakil Khas AS ke Pakistan Richard Holbrooke.


Persidangan kali ketiga ini berlansung setelah ditubuhkan dua tahun lalu tidak akan hanya menumpukan kepada isu Pakistan untuk mengatasi kesan banjir baru-baru ini, bahkan akan dibincangkan juga keperluan kepada kerajaan Pakistan untuk menyediakan pelan transformasi ekonomi bagi membangunkan semula negaranya.



Berdasarkan taksiran yang diletakkan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia ini. jumlah tersebut merupakan satu jumlah yang besar dalam masa

yang sama Pakistan mengalami krisis pengurusan kuitpan cukai yang meruncing bagi mengatasi masalah kewangan negara.


Sumber dan olahan: portal aljazeera & AP News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook