Friday, October 8, 2010

Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang larangan pemakaian purdah



Sebahagian dari demonstrasi di Perancis menentang undang-undang pelarangan niqab di tempat umum (Perancis)


7 Okt, Perancis- Dewan Rakyat Perancis telah meluluskan rang undang-undang melarang pemakaian purdah ditempat awam setelah mendapat persetujuan daripada Parlimen Perancis (Dewan Negara dan Dewan Senat). Rang undang-undang ini mendapat tentangan dan kritikan hebat daripada pelbaga pihak termasuk organisasi hak asasi manusia.

Dewan Rakyat Perancis yang merupakan kuasa undang-undang tertinggi di negara tersebut, telah meluluskan rang undang-undang memberikan kemenangan kepada ahli Parlimen Perancis dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan perlembagaan negara.

Sidang Dewan mengingatkan bahawa rang undang-undang ini tidak akan dilaksanakan di tempat-tempat ibadah umum, kerana akan bersalahan dengan rang kebebasan beragama. Ia akan bertentangan di dalam perlembagaan Perancis yang membenarkan rakyat bebas memilih agama.

Senat telah meluluskan pindaan itu dengan 246 undian menyokong dan hanya satu membantah setelah mendapat kelulusan di dewan rendah sebelum diminta untuk dibawa kepada dewan senat untuk diluluskan pada Julai lalu.


Sokongan dan Kritikan

Undang-undang yang diluluskan menyebut bagi seorang wanita yang berkeras untuk memakai tudung akan didenda sebanyak 150 euro (usd 195). Bagi yang memaksa untuk memakai purdah pula, akan didenda sebanyak 30,000 euro dan penjara selama setahun jika disabit kesalahannya.



Para pengkritik menegaskan rang ini melanggari undang-undang Perancis dan Eropah mengenai hak asasi manusia. Ianya telah mencipta kemelut masalah yang baru. Jumlah wanita Islam yang memakai tudung di Perancis tidak kurang dua ribu yang hidup di dalam komuniti masyarakat Muslim berjumlah lebih daripada lima juta orang.

RUU mendefinisikan tempat awam definisi yang luas, tidak hanya kepada premis-premis kerajaan dan pengangkutan awam, bahkan termasuk juga jalan-jalan, pasaran, premis-premis perniagaan dan tempat hiburan, kecuali pada tempat-tempat keramaian dan kawasan hiburan.

Terdahulu, beberapa tahun sebelum ini Perancis telah melarang pememakai tudung di sekolah dan agensi kerajaan, sebagai sebahagian daripada undang-undang yang melarang simbol-simbol agama di tempat ini. Perancis bertegas akan mempertahankan sistem sekular yang memerlukan pemisahan yang ketat antara agama dan negara.

Presidennya, Nicolas Sarkozy pernah menyatakan dengan jelas di dalam sidang Parlimen Perancis mengenai pandangan beliau ke atas pemakaian purdah dengan mengatakan bahawa ianya adalah satu simbol perhambaan ke atas wanita. Beliau berkata,” Purdah itu bukanlah satu tanda mahupun simbol agama, malahan ianya hanyalah satu lambang penindasan dan penghinaan ke atas wanita. Saya secara serius ingin menyatakan bahawa perbuatan memakai purdah ini adalah sesuatu yang tidak dialu-alukan di wilayah kita.



Sumber: You Tube

Disunting dan di olah semula oleh Unit Kemanusiaan PMRAM melalui sumber portal aljazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook