Thursday, October 21, 2010

Dr Yusuf al Qaradhawi menarik diri dari Persidangan Doha kali kelapan disebabkan kehadiran Yahudi

19 Oktober- Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim SeDunia, mengumumkan tidak akan menyertai Persidangan Doha kali kelapan (Dialog Antara Agama) yang akan diadakan di Qatar. Menurut sumber yang diterima, beliau menolak penyertaan persidangan ini bukan disebabkan faktor agama Yahudi akan tetapi faktor politik.



Terdahulu, pejabat rasmi Dr al-Qaradhawi semalam telah mengeluarkan kenyataan, bahawa beliau sebelum ini telah mengambil bahagian dalam persidangan pertama, kedua dan ketiga, ketika berlansungnya dialog antara Islam – Kristian. Pada persidangan kelapan ini pula bakal disertai oleh Yahudi dan beliau mengambil pendirian untuk menarik diri dari persidangan ini kerana bersalahan dengan firman Allah s.w.t “ dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri." Surah al Ankabut : 46

Tambahan beliau (pejabat rasmi al Qaradhawi), tidak perlu kita berdialog dengan Yahudi yang telah melakukan kerosakan di muka bumi, menumpahkan darah, mencabuli kehormatan Islam dan memusnahkan penempatan umat Islam. Sebelum duduk bersama di atas satu pentas, selayaknya diselesaikan segera Isu Umat Islam di Palestin. Itu yang lebih patut dan wajar untuk dilaksanakan pada waktu sekarang.

Pihak pemberita cuba menghubungi al Qaradhawi tetapi tidak berjaya dan dimaklumkan oleh sumber terdekat bahawa beliau ketika ini sedang berada di Bosnia. Disamping itu, sumber terbabit mengesahkan akan tidak keterlibatan al Qaradhawi pada persidangan tersebut.

Sumber itu menunjukkan bahawa Al-Qaradawi tidak menolak berdialog dengan orang-orang Yahudi kerana agama mereka, kerana sebelum ini pernah menerima kunjungan dan perbincangan bersama delegasi kumpulan (Natory Carta). Mereka adalah orang-orang Yahudi yang menolak prinsip-prinsip Zionisme dan pendudukan tanah-tanah kaum muslimin.

Pandangan al Qaradhawi mendapat sokongan dari ulama al Azhar mengenai isu ini. Dr Abdul Mu`ti Bayumi, ahli Akademi Penyelidikan Islam al Azhar Syarif berkata kepada pemberita: “ Saya tidak lihat keperluan untuk berdialog dengan Zionis. Seandainya mereka dikalangan Yahudi yang menolak pendirian Zionis Israel, seharusnya kita berdialog dengan mereka ”.

Tambahan beliau, kita tidak menutup ruang perbincangan bersama Yahudi sehinggakan tiada lansung medan perbincangan dapat dilakukan. Perbincangan bersama Zionis yang zalim tidak wajar dilakukan kerana sifat angkuh dan tamak mereka yang banyak melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap umat Islam.


Disunting dan di olah dari sumber: almasry alyoum

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook