Jerman, Selasa - 11 Ogos 2010 - Saluran televisyen Jerman RTL2 hari ini melancarkan program khusus untuk tontonan umat Islam sepanjang bulan Ramadhan, Program ini menyiarkan informasi mengenai waktu bermula dan berakhirnya puasa pada setiap hari.
"Kamu boleh berteori yang kamu suka tentang integrasi, tapi kami ingin menyampaikan mesej yang jelas," kata Carsten Molings, Ketua Bahagian Pemasaran di Saluran TV RTL2, dalam sebuah pernyataannya di media.
"RTL2 menyajikan banyak program untuk semua orang dan pengikut dari semua agama. Sama seperti setiap tahun kami menyiarkan program khusus untuk hari Natal dan Paskha (Easter) dalam program kami, kami ingin melakukan hal yang sama untuk bulan Ramadhan," kata Molings.
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan antara matahari terbit hingga terbenam dan Saluran TV RTL2 akan menyiarkan pesanan pada kaca tv pada waktu-waktu tersebut, seperti dilaporkan AFP.
“ terdapat kira-kira 4.3 juta penduduk Jerman
beragama Islam, dan Islam adalah agama kedua terbesar di Jerman selepas Kristian”
Dewan Pimpinan Pusat bagi umat Islam di Jerman (ZMD), yang mewakili sekitar empat juta muslim Jerman, menyambut baik keputusan RTL2.
Ketua ZMD, Aiman Mazyek (gambar) mengatakan dalam pernyataannya bahawa "tindakan seperti ini adalah contoh yang baik untuk semua."
0 comments:
Post a Comment