GLASGOW: Seorang lelaki yang mengoyakkan purdah pelajar wanita Arab Saudi di Stesen Sentral Glasgow pada April lalu, dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah, lapor media semalam.
William Baikie, 26, mengaku salah menyerang Anwar al-Qahtani, 26, dengan menggunakan kekerasan menarik penutup muka pelajar itu di Jalan Hope.
Stesen penyiaran BBC melaporkan, Anwar menggunakan purdah itu untuk melindungi maruahnya sebagai sebahagian ajaran Islam.
Disebabkan kekasaran Baikie, mangsa terpaksa menggunakan kain lain bagi menutup mukanya.
Selepas melakukan serangan itu, Baikie melarikan diri.
Bagaimanapun, Baikie ditahan polis selepas pihak berkuasa membuat pengesahan melalui rakaman televisyen litar tertutup.
Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Baikie di Mahkamah Sheriff Glasgow, Sheriff Lindsay Wood, berkata apa yang dilakukan Baikie amat memalukan.
“Anda adalah lelaki yang pernah melakukan beberapa kesalahan rasis (racist-bersifat perkauman) sebelum ini dan amat sedar bagaimana perbuatan itu amat memalukan wanita,” katanya.
Mahkamah turut mendengar keterangan Anwar yang datang ke Scotland dari Arab Saudi untuk mendapat ijazah sarjana.
Pendakwa, Iain Bradley, berkata Anwar dan suaminya mematuhi ajaran Islam dengan taat.
“Kini Anwar kehilangan kebebasan dan menghabiskan banyak masa di rumah kerana bimbang diserang lagi,” katanya. - Agensi
Istifadah
Mahasiswa dan mahasiswi yang berada di bumi Mesir ini sepatutnya berasa untung kerana di negara Mesir tidak kita dengari berita- berita yang mengganggu gugat kehormatan wanita islam juga kesucian mereka. Dalam pada itu kita mesti ingat, musuh Allah berada dimana- mana. Pelihara hak anda selaku seorang mahasiswa atau pun mahasiswi secara khususnya dan sebagai seorang muslim umumnya. Kita bangga menjadi seorang muslim.
Sumber 1
Sumber 2
0 comments:
Post a Comment