Monday, March 15, 2010

Saudi Meluluskan Wanita Mengadili Kes di Mahkamah


Ahad, 21-2-2010, Kerajaan Saudi akan membenarkan peguam wanita tampil di mahkamah untuk mengadili kes-kes untuk pertama kalinya. Menteri kehakiman, Mohamad al-Isa berkata kerajaan sedang membuat kerangka undang-undang baru untuk membenarkan peguam wanita menguruskan kes-kes kekeluargaan termasuk penceraian dan hak penjagaan anak-anak. Cadangan undang-undang baru akan dikeluarkan pada sedikit masa lagi, Akhar Saudi melaporkan pada hari Ahad. Peguam wanita akan mewakili wanita dalam kes perkahwinan, perceraian, penjagaan dan kes-kes kekeluargaan lain-lain.
Refomasi kehakiman
Pada ketika ini peguam wanita di negara itu hanya boleh bekerja di belakang tabir di sector kerajaan dan pejabat-pejabat kehakiman di mana mereka tidak boleh berurusan terus dengan lelaki. Semua hakim ulama lelaki. Ke arah mewujudkan refomasi kehakiman, kerajaan saudi sedang mempertingktakan rangkaian mahkamah khusus termasuk “ status peribadi” atau mahkamah kekeluargaan di mana peguam wanita dibenarkan untuk terlibat. Wanita di Negara Saudi hampir-hampir diasingkan dari lelaki dalam kehidupan harian
Sumber: Al Jazeera.Net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook