Monday, March 15, 2010

Kolej Islam Pertama di Amerika


Imam Syakir, Pegawai Kebajikan dan Pensyrah di Institute Zaytuna dan Penasihat Kolej

Rabu, 24-2-2010 - Kebiasaan pelajar-pelajar akan berlumba untuk mendaftar pada hari yang ditetapkan. Bagi yang Muslim, mereka akan pergi ke Zaytuna College di California untuk melihat samada Kolej Islam yang pertama di Amarika ini akan mampu membangun hingga mencapai apa yang diharapkan. Kolej Zaytuna adalah idea daripada Sheikh Hamza Yusuf, Imam Syakir dan Prof. Hatem Bazian akan menutup pendaftaran untuk sesi pertama pada 1 Mac 2010. Berkaitan dengan permohonan yang akan ditutup, jawatankuasa sedang membuat pemilihan akan permohonan tersebut, dan hanya akan menerima 20-25 pelajar baru sebagai permulaan. Meskipun pihak kolej sedang berusaha mendapatkan pelajar-pelajar yang beragama Islam, namun ia tidak menjadi masalah kepada mereka yang bukan beragama Islam untuk memasuki kolej tersebut. Dalam jangka pendek, hanya dua bidang yang diperkenalkan iaitu Bahasa Arab dan Undang-undang Islam. Jika ada pertambahan tempat, dan mempunya lebih tenaga pengajar, mungkin akan ada penambahan bidang yang boleh di ambil, sebagaimana yang diberitahu oleh Imam Syakir. Pihak kolej sedang berusaha keras untuk mendapatkan pengiktirafan daripada persatuan sekolah-sekolah dan kolej-kolej barat.( Western Association of Schools and Colleges), ia akan mengmbil tempoh lebih setahun, satu yang Imam Syakir harapkan agar proses tersebut akan selesai sebelum pelajar-pelajar generasi pertama ini tamat belajar.
Sumber: www.islamonline.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook