Monday, March 15, 2010

Haiti memerlukan 150,000 khemah hadapi musim hujan


Rabu, 24-2-2010, PORT-AU-PRINCE: Haiti sudah membeli 50,000 khemah daripada China, tetapi masih memerlukan sekurang-kurangnya 150,000 khemah untuk kegunaan mangsa gempa bumi yang hilang tempat berteduh. Perdana Menterinya, Rene Preval, berkata khemah itu memberikan perlindungan kepada mereka yang kehilangan rumah sebelum musim hujan bermula April nanti. “Kami sudah membeli 50,000 khemah daripada China bernilai AS$5 juta, iaitu AS$100 untuk setiap unit. ia akan tiba di sini dalam minggu ini,” katanya pada sidang media selepas pulang daripada persidangan serantau di Mexico. Beliau berkata, 900,000 daripada 1.2 juta rakyatnya yang hilang tempat berteduh masih memerlukan perlindungan, di mana beliau sudah meminta komuniti antarabangsa menyediakan sekurang-kurangnya 200,000 khemah. - AFP

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook