Monday, March 15, 2010

Eropah Menubuhkan Sebuah Pusat Industri Produk Halal


Khamis, 25 Februari 10, LONDON -- Sebuah perusahaan Pelaburan di Inggeris akan menubuhkan sebuah pusat industri produk barangan halal, yang akan menjadi pusat industri produk halal pertama di kawasan Eropah. Penubuhan pusat industri ini diharapkan dapat memenuhi kekurangan keperluan pasaran Eropah terhadap produk-produk halal sebesar 6,27 milion dolar AS setiap tahun. ''Jika diperhatikan, sektor produk halal di Inggeris nilainya mencapai 2 hingga 4 milion poundsterling dan kebanyakan produk halal itu adalah produk yang diimport,'' ujar Mahesh Jayanarayan, Pengarah Halal Industries, kepada Reuters, baru-baru ini. Menurut Jayanarayan, pusat industri yang akan diberi nama Super Halal Industrial Park (SHIP) ini akan didirikan di wilayah South Wales. Wilayah itu dipilih sebagai lokasi SHIP kerana harga tanahnya yang berpatutan. Selain itu juga, South Wales juga dikenali sebagai pengeluar daging di Inggeris. Tambahnya lagi, Kompleks industri itu, bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, seperti gudang-gudang penyimpanan, kemudahan pembungkusan produk, pemilihan dan pengolahan daging, serta kemudahan kajian dan pemasaran. Ungkap Jayanaraya, Pembangunannya tidak terlepas dari perniagaan produk halal yang semakin berkembang dan menguntungkan. Ini disebabkan oleh, di kawasan Eropah pada masa sekarang belum ditubuhkan pusat industri halal seperti ini, sedangkan wilayah benua ini menjadi tempat tinggal bagi jutaan Muslim. Beliau bercakap dengan lebih lanjut lagi bahawa, pembangunan projek ini akan mengambil masa tiga hingga lima tahun dengan menelan belanja sekitar 150 juta poundsterling. Untuk memenuhi segala keperluan perbelanjaan itu, pihaknya akan mendapatkan pinjaman daripada kerajaan, pasaran modal, dan rakan kongsi syarikat. Salah satu pertubuhan yang akan diundang untuk memberi kerjasama adalah Penang International Halal Hub (PIHH), sebuah pertubuhan daripada Malaysia untuk mempromosikan produk-produk halal. ''Ini akan menjadi penyertaan permodalan swasta, namun masyarakat masih boleh turut menyertai ”.
Permintaan meningkat
Kata Jayanarayan, penubuhan SHIP akan menjadikan Inggeris sebagai pusat produk halal di kawasan Eropah. ''Secara langsung atau tidak langsung, permintaan kepada produk halal mencecah seramai 2,5 million penduduk dunia.'' tukasnya. Sementara itu, penjualan produk halal di Eropah mencapai nilai 66 million dollar AS, meliputi produk makanan segar, produk pembungkusan, dan produk daging. Sedangkan, jumlah transaksi produk halal di seluruh dunia mencapai 634 million dolar AS. Menurutnya, jika projek SHIP ini berjalan lancar, kemungkinan projek seperti ini akan diperkenalkan di negara-negara Eropah lainnya yang memiliki populasi penduduk Muslim dalam kuantiti yang besar, seperti Perancis dan Jerman. ''Kami juga merancang untuk mendirikan pusat industri yang sama di Bosnia, tempat di mana kebanyakan penduduk Muslim tinggal,'' ujarnya. Selain menubuhkan SHIP, Halal Industries juga akan mendirikan bursa saham Islam untuk mendorong pertumbuhan perusahaan-perusahaan Islam. Ada dua Negara yang menjadi pilihan tempat didirikan bursa saham syariah ini, iaitu London dan Luxemburg. Beberapa tahun kebelakangan ini, perkembangan institusi kewangan syariah berkembang pesat di Inggeris, khususnya di Kota London. Di Inggeris pada masa ini mempunyai empat bank Islam dan 21 bank konvensional yang menawarkan produk bank berasaskan syariah, sehingga menjadikan Inggeris sebagai pusat industri kewangan syariah di seluruh Uni Eropah .(iol/an)
Sumber: http://www.alsofwah.or.id

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook