Monday, March 15, 2010

Pelarian Rohingda merasai penderaan Bangladesh



Jumaat, 19-2-2010 - Akibat ingin membebaskan diri dari kekejaman di tempat sendiri untuk mencari kehidupan yang lebih baik, pelarian orang-orang Islam menghadapi penindasan di tempat jiran Babgladesh lapor akhbar The New York pada 19 Januari. Beberapa bulan yang lepas kita telah merawat mangsa kekejaman, mereka yang didakawa dipukul oleh polis, didakwa dipukul oleh rakyat warganegara; kata Paul Critchley, ketua misi di Bangladesh bagi bantuan sokongan Medecin San Frontieres. Pelarian orang-orang Muslim Myanmar yang dikenali Rohingya mengadu penindasan yang dilakukan oleh polis dan penduduk setempat. Berkaitan dengan pukul dan kekejaman, ramai pelarian berkata bahawa polis telah memaksa mereka terjun ke sungai, berenang balik ke Myanmar. “ Kami merawat pesakit yang dipukul,dikasari dan dirogol” kata Critchley. “ Hal ini akan berulang lagi”. Setiap tahun ribuan minority pelaraian Rohingya meninggalkan Myanmar menggunakak bot papan menyebabkan mereka terdedah kepada perjalanan yang merbahaya ke Thailand atau Malaysia dalam mencari kehidupan yang lebih baik. Beberapa orang daripada mereka bekerja sebagai pekerja haram dan ada yang lain ditangkap, ditahan dan “dihantar” ke negeri ketenteraan untuk dibunuh. Rohingyas berkata mereka disekat untuk bergerak bebas,mendapat pendidikan dan pekerjaan di negara orang. Mereka tidak diiktiraf sebagai puak minority di Myanmar dan mereka menderita akibat penyalahgunaan hak-hak kemanusiaan dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ramai mencari perlindungan di Bangladesh, tinggal di kabin lumpur yang ditutupi plastic dan dahan-dahan pokok menjadikan tempat perlindungan yang dhaif semasa musim hujan menyebabkan runtuhan lumpur dan terdedah kepada penyakit keracunan air. Bangladesh berkata kira-kira 28000 perlarian Rohingya berdaftar di dua kem UN di selatan resort.

Tiada kehidupan

Berduyun-duyun ke kem UN, ribuan Rohingyas kekurang dari segenap segi. “ Mereka tidak dapat pengagihan makanan” kata Critchley. “ Mereka tidak boleh bekerja. Apa yang mereka boleh buat ialah mati kelaparan”. Berjuang untuk hidup, kebanyakkan pelarian Rohingya bekerja sebagai buruh harian, hamba atau pemandu jalan kaki. Mereka kekurangan semua sekali, dari hak hingga ke pendidikan dan perkhidmatan kerajaan yang lain-lain. “ Kami tidak dapat mencari kerja” kata Hassan,40 tahun,seorang buruh yang tinggal bersama isterinya dan 3 orang di pusat perlindungan yang lantainya kotor dibuat daripada kayu,papan skrap dan helaian plastik. Hasan berkata dia tidak dapat menyara keluarganya. “ di sana ada tempat berdekatan di mana mereka akan menangkap orang” katanya lagi. “Kami tidak menerima sebarang pertolongan. Tidak ada seorang pun yang dapat meminjam wang daripada orang lain. Setiap orang dalam krisis sekarang. David Mathieson,pengkaji Hak Asasi Manusia berkata pelarian Rohingda menjadi mangsa penderaan di Bangladesh selama 30 tahun dahulu dan kerajaan telah bercadang untuk mengatasinya. Ianya tidak menampakkan masalah ini akan berakhir.” Katanya lagi. “Mereka adalah sebahagian proses jahat yang berpanjangan menyebabkan kehidupan yang tidak selesa kepada penghuni kem tersebut yang akan kembali ke Burma, katanya merujuk nama Myanmar. “ Mereka lari dari penyalahgunaan hak-hak kemanusian yang berlaku di negara mereka sendiri. Mereka begitu takut untuk pulang.

Sumber: IslamOnline.net & Newspapers

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook