Monday, March 15, 2010

Persidangan Media, War on Islam, Panas

Selasa, 16 Februari 10, TORONTO- Pertemuan unik digelar di Toronto, Kanada, Isnin waktu tempatan. Pertemuan ini diberi tajuk Persidangan ''Perang Media Melawan Islam (Media War on Islam Conference)'' .Sekitar 300 peserta dari berbagai golongan hadir dalam acara yang diadakan di pusat kegiatan Islam, Toronto. Persidangan itu diadakan untuk memberikan sindiran kepada sebahagian besar media massa dunia Barat yang selalu kurang simpati dalam memberitakan Islam. Atase PersKedutaan Besar Iran di Kanada, Hamid Mohammadi. Dalam kesempatan itu, beliau memberikan pidato mengenai perilaku media Barat terhadap Iran. Menurut beliau, selama ini, media Barat memiliki pandangan yang negatif terhadap Islam. "Di mata mereka, Islam dianggap sebagai agama yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengelola negara," ujar beliau kepada akhbar National Post. Pandangan seperti ini juga, menjadikan kehadiran Iran sebagai negara Islam, tidak diterima di mata media Barat. Beliau menilai, keadaan seperti ini terjadi kerana adanya kebencian dan ketakutan media Barat terhadap perkembangan Islam. Di akhir pidatonya, beliau mengutip kalimat yang menyatakan bahawa peperangan pada masa depan di tangan media, dan kata-kata akan menjadi lebih bahaya daripada peluru. Persidangan ini secara keseluruhannya berjalan lancar, walaupun para penunjuk perasaan yang menentangnya berkumpul di luar dewan. Pihak polis juga megawal untuk menghindari daripada terjadi kekecohan.Dianggarkan, para penentang persidangan tersebut telah membakar Alquran. Hal ini dibuktikan dengan penemuan bekas-bekas bakaran kertas yang diramal ia merupakan lembaran Alquran oleh Jawatankuasa Persidangan, Zafar Bangash. Beliau kemudian mengumpulkan bekas bakaran itu dan dibungkus didalam plastik. (NP/an)

Sumber: http://www.alsofwah.or.id

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook