Thursday, March 18, 2010

Obama tak diterima, Pelajar Indonesia bantah lawatan Presiden AS

Sabtu, 13-3-2010, JAKARTA: Berpuluh-puluh pelajar Muslim Indonesia mengadakan tunjuk perasaan di depan kedutaan Amerika Syarikat (AS) semalam, bagi membantah lawatan Presiden Barack Obama ke negara berkenaan hujung bulan ini. Kira-kira 50 penunjuk perasaan melaungkan “Tolak Obama, Tuhan lebih berkuasa,” dan melontarkan kasut ke arah poster Obama, seperti bantahan di Iraq terhadap bekas presiden AS, George W Bush. Obama yang dibesarkan di Jakarta pada 1960-an dijangka melakukan lawatan tiga hari mulai 20 Mac depan. “Seperti Bush, beliau adalah presiden peperangan dan musuh Islam. “Beliau menghantar beribu-ribu askar ke Afghanistan dan kebanyakan saudara Muslim kita mati kerananya,” kata penyelaras bantahan, Fikri Ahmad Irhamul. Bantahan kecil-kecilan juga diadakan di bandar lain di Indonesia. Beberapa pelajar turut mengadakan bantahan di Banjarmasin di wilayah Selatan Kalimantan dan Bandung di Jawa Barat, menurut agensi berita Antara. Penunjuk perasaan oleh kumpulan Muslim berpendirian tegas, Hizbut Tahrir, juga mengadakan bantahan. Obama dijangka menggunakan lawatannya ke Indonesia untuk menyampaikan ucapan seperti yang ditujukan kepada dunia Islam di Kaherah, dengan tujuan memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat, kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs kelmarin.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Obamatakditerima/Article

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook