Thursday, March 18, 2010

2 letupan berani mati di Lahore, 45 maut

12-3-2010, LAHORE, Pakistan - Dua pengebom berani mati melancarkan letupan ke atas kenderaan tentera dalam dua kejadian berasingan yang berlaku selang beberapa saat, di sini hari ini, mengakibatkan 45 orang maut dan mencederakan hampir 100 yang lain. Letupan itu adalah serangan terburuk keempat di Pakistan pada minggu ini, gambaran peningkatan serangan oleh pihak militan. Ketua Polis Lahore, Parvaiz Rathore berkata, kira-kira 10 individu yang terbunuh adalah askar. Pengebom yang berjalan kaki bertindak menyerang RA Bazaar, kawasan kediaman dan perdagangan yang menempatkan kelengkapan beberapa agensi keselamatan. Video yang diambil menggunakan telefon bimbit selepas letupan pertama menunjukkan ledakan api berwarna jingga meletup di jalan raya, lapor GEO TV, yang menyiarkan klip pendek video yang diambil Tabraiz Bukhari itu. Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian itu setakat ini, tetapi ia disyaki dilakukan militan Taliban dan al-Qaeda di Pakistan.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook