Monday, March 22, 2010

Dunia Patut Melucutkan Senjata Nuklear Israel


ANKARA, 19 Mac : Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa tuduhan penyebaran senjata nuklear ke Iran hanya desas-desus, bahkan sudah nyata bagi Teheran menggunakannya untuk tujuan damai. Erdogan mempersoalkan tentang kenapa Barat tidak bersikap demikian terhadap program nuklear Israel.

Sebelum pertemuannya dengan Perdana Menteri Tony Blair di London, Erdogan menjelaskan bahawa program nuklear Iran untuk tujuan umum iaitu bagi memenuhi keperluan masyarakat. Kebenaran itu disokong oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Ini menunjukkan bahawa Iran memiliki strategi tersendiri dalam mengembangkan tenaga nuklearnya untuk tujuan damai.

"Tentu tidak adil kalau negara-negara yang memiliki senjata nuklear mempersendakan kenyataan kerajaan Turki, pada masa yang sama mereka tidak meminta Israel untuk melenyapkan senjata nuklearnya", jelas Erdogan.

Erdogan menjelaskan bahawa Ahmadinejad telah berkali-kali mengatakan kepadanya, kalau Iran berterusan mahu menggunakan kuasa nuklearnya untuk tujuan kemasyarakatan, maka sewajarnya bagi mereka menggunakan program itu untuk kemaslahatan umum.

Erdogan menekankan bahawa tindakan tegas harus dilakukan oleh masyarakat internasional bagi mengingatkan Israel supaya menyingkirkan senjata nuklearnya secepat mungkin. Beliau juga membangkitkan masalah ini pada PBB dan mempersoalkan tentang tindakan Israel yang tidak melucutkan senjata nuklearnya.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook