Monday, March 22, 2010

Selamatkan Al-Aqsa!


19 Mac: Persatuan Ulama' Muslim Dunia pada hari ini mengumumkan bahawa Jumaat ini merupakan hari Perpaduan Muslim SeDunia untuk menyelamatkan Al-Aqsa.Organisasi ulama' ini juga menyeru kepada para khatib di masjid-masjid untuk turut memberi fahaman yang sebenarnya kepada orang ramai bagi menunjukkan tanda kesepaduan mempertahankan Masjid Suci Al-Aqsa.Mereka juga menekankan kepada para pemimpin negara-negara muslim untuk mempamerkan sikap pembelaan atas apa yang telah menimpa Al-Aqsa sekarang, lebih-lebih lagi tentang projek penyelenggaraan KTT Arab di Libya yang semakin hampir.Organisasi ini juga membawa usul untuk segera diadakan KTT OKI dalam waktu dekat ini untuk membahas Al-Quds.

Dalam sebuah surat elektronik yang diterima sidang Islamonline dari Ketua Persatuan Ulama' Muslim Dunia, Syeikh Yusuf Qardhawi dan Prof. Dr.Salim Al-Awa menukilkan bahawa saat ini, penjajah Israel telah menjalankan rencana jahatnya sejak lama, dengan menumpukan agenda bagi meruntuhkan Masjid Suci Al-Aqsa.Salah satu caranya adalah dengan membangunkan kembali Sinagog yang telah runtuh yang jauhnya hanya beberapa meter dari Masjid Al-Aqsa, sebagai sebahagian dari usaha untuk menjatuhkan Masjid Suci itu.

Berdasarkan kandungan surat tersebut, pembangunan yang dijalankan ini hanya memungkinkan kegagalan bagi mencapai puncak mega projek mereka dengan membangunnya kuil ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa.Langkah ini mandapat perhatian luar biasa dari bangsa Israel, ini terbukti ketika berlangsungnya perasmian Sinagog Kharab pada hari Isnin (15/3), bangsa Israel menyambutnya dengan penuh keghairahan.

Hal ini bermula dari langkah Israel yang memasukkan Masjid Ibrahimi di kota Al-Khalil dan juga Masjid Bilal bin Rabbah di kota Beit Lehm ke dalam laman sejarah milik mereka.Walaubagaimanapun tiada reaksi dari negara-negara Arab dan sama sekali tidak memberi tekanan apa pun atas penggabungan yang dilakukan Israel itu.Oleh yang demikian, Israel semakin berani bertindak melakukan agenda-agenda jahatnya.

"Maka apabila usaha yang dilakukan Israel pada saat ini tentang pembangunan Sinagog itu dibiarkan tanpa sebarang reaksi apa pun dari dunia Arab dan Islam bagi menghentikan langkah mereka ini,maka lihatlah, dalam beberapa waktu kedepan, Al-Aqsa akan diruntuhkan di depan mata 1.6 bilion muslim dunia", begitulah kandungan akhir surat elektronik itu.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook