Thursday, March 18, 2010

Ketua hak asasi Eropah pertikai haram purdah

Isnin, 8-3-2010, STRASBOURG - Ketua hak asasi manusia bagi Eropah berpendapat pengharaman purdah dan tudung tidak akan membebaskan wanita daripada tertindas, malah langkah tersebut boleh menyebabkan mereka menjadi lebih tersisih dalam masyarakat. Pesuruhjaya hak asasi manusia Majlis Eropah, Thomsas Hammarberg menggambarkan pengharaman purdah dan tudung sebagai pencabulan yang tidak wajar terhadap privasi peribadi. Penyokong pengharaman itu tidak dapat membuktikan bahawa wanita yang memakai tudung lebih tertindas daripada wanita lain, atau pemakaian tudung dan purdah menjejaskan demokrasi atau moral orang ramai, kata beliau semalam. "Mengharamkan purdah dan tudung tidak akan membebaskan wanita daripada tertindas, tetapi sebaliknya boleh menjadikan mereka bertambah tersisih dalam masyarakat Eropah," menurut pesuruhjaya itu. Malah pengharaman mungkin juga melanggar Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, katanya. Beberapa negara Eropah termasuk Austria, Denmark dan Belanda menimbangkan langkah untuk mengharamkan pemakaian tudung. Pada Januari lalu satu laporan Parlimen Perancis menggesa supaya purdah dan tudung diharamkan, dengan alasan wanita Islam yang menutup seluruh muka dan kepala mereka menimbulkan cabaran 'tidak wajar' terhadap nilai-nilai hidup Perancis. Hammarberg berkata, dakwaan kononnya pemakaian tudung menjejaskan demokrasi, keselamatan awam atau moral orang ramai adalah tidak meyakinkan kerana bilangan wanita yang memakainya adalah kecil. Hanya kira-kira 1,900 wanita Islam memakai tudung di Perancis, negara yang mempunyai masyarakat Islam terbesar di Eropah. Kerajaan mana-mana negara patut mengelak daripada meluluskan undang-undang yang menetapkan cara penduduknya berpakaian, kata Hammarberg.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook