Thursday, March 18, 2010

Ahmadinejad lawat Afghanistan

Isnin, 8-3-2010, TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melawat Afghanistan hari ini bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Presiden Hamid Karzai, lapor agensi berita separuh rasmi, Mehr. Mehr berkata, lawatan selama sehari itu adalah kunjungan pertama Ahmadinejad ke Afghanistan sejak beliau dan Karzai dipilih semula sebagai Presiden dalam pilihan raya tahun lalu. “Karzai mengundang Ahmadinejad melawat Afghanistan dan kunjungan itu bertujuan meningkatkan hubungan kedua-dua negara. Mereka juga akan membincangkan ‘jalan untuk menyelesaikan masalah’ di Afghanistan,” kata Mehr. Kuasa Barat mahu negara jiran Afghanistan bekerjasama membawa kestabilan di negara itu, ketika pasukan tentera asing diketuai Amerika, menghadapi tentangan pejuang Taliban. Iran sebelum ini menegaskan, kehadiran tentera asing di Afghanistan adalah punca utama kepada masalah di negara jirannya itu. Pasukan tentera Barat sudah berada di Afghanistan sejak 2001, apabila Amerika mengetuai pencerobohan untuk menggulingkan Taliban daripada kekuasaan berikutan pakatannya dengan al-Qaeda. Penganalisis keselamatan Barat sejak sekian lama sudah membincangkan keperluan penyelesaian peringkat wilayah di Afghanistan bagi mencegah kebangkitan semula pemisah yang boleh mencetuskan perang saudara apabila Amerika berundur dari negara itu. Bagaimanapun, Teheran yang bertelagah dengan Amerika berikutan program nuklearnya, tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama bagi membantu memulihkan kestabilan di Afghanistan.
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20100307231644/Article/index_html

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook