Tuesday, February 3, 2015

Dasar Luar Negara Tidak Berubah Di Bawah Pentadbiran Raja Salman

Raja Salman ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama sebagai Raja dan merupakan Penjaga Dua Masjid Suci di Arab Saudi berkata bahawa dasar luar Arab Saudi akan kekal sepertimana biasa.


Dasar Arab Saudi berhubung dengan tanah Arab, Islam dan negara-negara antarabangsa "akan kekal tidak berubah," kata Raja Salman ketika mesyuarat berlangsung. "Kami akan bekerja keras untuk Islam, serta menyokong usaha yang dilakukan untuk tanah Arab dan Islam," katanya.

"Kami juga akan berusaha untuk menggalakkan keamanan antarabangsa, keselamatan dan pertumbuhan ekonomi global serta berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk membantu kita memikul tanggungjawab ini secara amanah dengan cara yang dikehendaki-Nya," kata raja.

Pada permulaan mesyuarat itu, Raja Salman berkongsi berkaitan kesakitan rakyat Saudi, serta negara-negara Islam dan Arab yang lain.  Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin dunia diatas ucapan takziah kemangkatan Raja Abdullah baru-baru ini.

Raja Salman berkata sumbangan Raja Abdullah termasuk pembesaran kedua-dua masjid suci, penyebaran al-Quran,merupakan peranan penting dalam menyokong keadilan di seluruh dunia.

Raja juga mengucapkan terima kasih kepada bekas kabinet menteri atas sumbangan dan menggesa kepada kabinet menteri baru untuk meletakkan kepentingan negara dan rakyat di bahagian keutamaan mereka.

Raja Salman memberi taklimat kepada Kabinet mengenai hasil perbincangan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bertujuan memperluaskan hubungan dua hala dalam semua bidang,

Selain itu juga, ia turut meluluskan perjanjian dengan Jordan untuk kerjasama dalam hal ehwal perbandaran, untuk bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman.

Sumber : Arab News

1 comments:

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook