Wednesday, February 19, 2014

Pembantaian Umat Islam di Republik Afrika Tengah

Bangui, Afrika - Penduduk beragama Kristian di negara tersebut bersorak gembira dan berarak menaiki trak memenuhi jalan-jalan utama apabila ribuan umat Islam melakukan perpindahan beramai-ramai keluar daripada negara mereka Republik Afrika Tengah.



Namun pada masa yang sama, seorang lelaki telah terjatuh daripada trak dan kemudiannya dibunuh.

"Situasi di negara tersebut kini benar-benar berada dalam satu keadaan yang mengerikan dimana seluruh Bangui terutamanya, kawasan penempatan umat Islam dimusnahkan dan dikosongkan".  Demikian dilaporkan oleh Peter Bouckaert, Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia.

Eksodus atau perpindahan secara beramai-ramai tersebut berlaku setelah pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa berkata bahawa kemungkinan besar dijangka akan berlakunya perang yang melibatkan jenayah kemanusiaan di negara ini.

Fatou Bensouda berkata pada Jumaat lalu, keadaan orang awam di negara ini bertambah teruk dan membimbangkan sejak keganasan yang tercetus pada September 2012. Baru-baru ini pihak berkenaan telah menerima laporan berkaitan kezaliman melampau yang dilakukan terhadap umat Islam di sana.

Perpindahan tersebut melibatkan kira-kira 500 buah kereta,  termasuk lori dan motosikal. Konvoi tersebut diiringi oleh tentera bersenjata daripada wilayah Chad, jiran dan negara yang kebanyakannya mempunyai penduduk beragama Islam. Wartawan agensi berita AP tiba selepas dua bulan berlakunya keganasan di ibu negara yang mensasarkan kepada umat Islam atas tuduhan bersubahat dengan kerajaan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, perusuh yang terdiri daripada Kristian fanatik telah membakar masjid, membunuh serta mencederakan orang Islam.

Pada hari Rabu minggu lalu, salah seorang penduduk Afrika yang beragama Islam disyaki dan dituduh terlibat dalam pemberontakan tahun lepas telah diserang dan diseksa dengan pisau, dihempap dengan batu bata dengan tangan dan kaki terikat. Mayatnya kemudiannya diarak melalui jalan-jalan  sebelum ia dikerat dan dibakar oleh tentera.

"Bangunan yang dihuni oleh majoriti kaum muslim dimusnahkan dan segala harta mereka dirompak, meninggalkan hanya batu-bata dan bumbung.  Bahkan para perusuh berikrar untuk memusnahkan apa sahaja yang berkaitan dengan kewujudan Islam di negara ini."

Semasa perarakan tersebut, beberapa trak rosak sebelum mereka meninggalkan Bangui. Penumpang yang terpaksa berpindah ke trak lain dibaling dengan batu semasa keluar daripada kenderaan tersebut, mereka turut diancam dengan bunuh oleh orang ramai yang berada di sekeliling mereka.

"Puak Kristian menggesa umat Islam agar kembali kepada tempat asal kami datang, itulah sebabnya kami perlu keluar daripada negara ini ," kata salah seorang penduduk, Osmani Benui menyatakan sebab dia melarikan diri daripada Bangui.

CAR : Persimpangan Konflik

Berikutan konflik yang berlaku, masih adakah harapan baru untuk Republik Afrika Tengah dan Pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan krisis CAR ?

"Kami tidak mempunyai kemungkinan untuk kekal disini kerana kami tidak mempunyai perlindungan. ''

Republik Afrika Tengah adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Kristian, dengan perbezaan kuantiti yang agak besar berbanding penduduk Islam yang berada di utara berhampiran sempadan antara Sudan dan Chad. Walaupun kebanyakan mereka mempunyai hubungan dengan Chad, ramai umat Islam yang tinggal di ibu negara Afrika Tengah selama beberapa generasi.

Sejarah Pertumpahan Darah

Sebuah kumpulan muslim dari utara bersatu untuk menggulingkan Presiden Francois Bozize, yang telah berkuasa selama satu dekad, walaubagaimanapun masalah mereka adalah berkisar tentang politik dan ekonomi, bukan agama. Pecahan kumpulan bersenjata yang majoriti kaum muslim dikenali sebagai kumpulan Seleka telah dibantu oleh tentera upahan Chad dan Sudan ditubuhkan untuk menentang pemerintahan Fransoua Bozizi, mereka melakukan keganasan terhadap orang awam.

Manakala gerakan Kristian bersenjata dikenali sebagai anti- Balaka, dibantu oleh pengikut setia presiden yang telah digulingkan mula melakukan tindak balas beberapa bulan kemudian.

Pejuang Kristian yang cuba untuk menggulingkan kerajaan pemberontak Islam pada awal Disember telah mencetuskan pertumpahan darah yang pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan hampir daripada 1,000 orang mati dalam masa beberapa hari.

Jumlah sebenar yang terbunuh masih tidak diketahui secara tepat setelah berminggu-minggu berikutnya, kerana kebanyakan serangan pihak berkuasa Bangui berterusan mensasarkan umat Islam. Pemimpin pemberontak Islam yang mengambil alih kuasa Mac lalu telah mengambil tindakan untuk mengenepikan isu tersebut dan buat masa ini, negara diketuai oleh bekas Datuk Bandar Bangui iaitu Catherine Samba-Panza sebagai presiden interim.

Sumber : Al-Jazeera.Com

1 comments:

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook