Tuesday, January 14, 2014

Hari Pengundian Referendum Perlembagaan Mesir


Jutaan rakyat Mesir pada hari telah keluar dari kediaman masing-masing dan memenuhi tempat-tempat mengundi di seluruh negara.  Negara yang memiliki populasi paling ramai dalam dunia Arab ini menggesa rakyatnya untuk mengambil bahagian dalam pengundian referendum perlembagaan, iaitu pengundian pertama dijalankan sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu.

Perdana Menteri Kerajaan sementara Mesir, Hazem el- Beblawi , yang dilantik daripada kuasa tentera telah menggesa warga Mesir untuk melaksanakan  kewajipan negara sebagai calon daftar pemilih bagi pengundian yang dijalankan.

Kawasan pengundian dikawal ketat oleh pihak keselamatan yang mengambil langkah berjaga-jaga daripada segala kemungkinan yang boleh menganggu proses pilihanraya yang sedang dijalankan yang dijangka akan disertai hampir 53 juta orang.

Media massa 'Shayfenkom', dengan temanya 'We Are Watching You'  yang mana ditugaskan untuk memantau sebarang tanda-tanda protes melaporkan kepada Al Jazeera bahawa proses pengundian pada hari ini berjalan dengan lancar. Manakala agensi berita negeri yang dikendalikan Ahram melaporkan bahawa beberapa hakim telah menolak untuk mempengaruhi rakyat supaya menerima perlembagaan tersebut ataupun sebarang tindakan untuk menyekat pengundi.

Kronologi Referendum sejak 2011

19 Mac 2011 : Referendum Pertama dilaksanakan setelah peristiwa penggulingan Hosni Mubarak, pindaan terhad kepada piagam 1971.

Disember 2012: Warga Mesir telah menyokong sepenuhnya dan mengundi perlembagaan Islam dengan kadar purata yang keluar mengundi adalah seramai 32.9% daripada 63.8% dan majoriti rakyat memihak kepada piagam.

14 Jan 2013 : Hari Pengundian Referendum Perlembagaan yang dibentuk daripada kuasa tentera melancarkan kempen secara meluas di media massa, manakala mana-mana aktivis yang anti-piagam dan tidak menyokong kerajaan telah ditahan.

Walaupun kadar keluar mengundi sukar untuk dikira tetapi rata-rata warga mesir telah menjangkakan kemenangan besar bagi piagam tentera. Manakala ura-ura mengatakan bahawa ketua tentera umum Abdul Fattah Sisi yang mengetuai menggulingkan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi akan dicalonkan sebagai presiden akan datang.

Kerajaan sementara mengambil langkah untuk tidak bertoleransi  terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk mengganggu ketika proses pengundian dijalankan. Hampir 200,000 anggota keselamatan dikerah bagi menjaga tempat mengundi, menurut media tempatan.

Akan tetapi media melaporkan bahawa dua jam sebelum pengundian bermula, satu letupan mengejutkan orang ramai berlaku berhampiran sebuah mahkamah di penempatan Imbaba di kawasan Giza. Walaubagaimanapun tiada sebarang kecedaraan dilaporkan berlaku. Serangan tersebut menggambarkan keadaan keganasan yang melanda negara ini terutama krisis politik direkodkan antara paling buruk dalam beberapa dekad. Antara kejadian lain,  dilaporkan seorang lelaki bersenjata api telah melepaskan tembakan ke sebuah gereja di daerah Fayoum.

Pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan tunjuk perasaan di daerah Giza, Iskandariah dan Sharkiyah  oleh penunjuk perasaan anti- rampasan kuasa , dikatakan terdiri daripada golongan yang bersimpati Ikhwan Muslimin.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook