Friday, January 10, 2014

Afghanistan Membebaskan Para Pejuang Taliban yang Ditahan



Tindakan kerajaan Afghanistan membebaskan 72 orang yang disyaki sebagai pejuang Taliban sekaligus telah melanggar perjanjian penjara dan penyerahan Bagram, Komander NATO melaporkan. Kerajaan pimpinan Kazai telah membebaskan antara puluhan tahanan yang didakwa sebagai pejuang Taliban menyebabkan hubungan antara Afghanistan dan Amerika Syarikat bergolak. Satu kenyataan daripada istana presiden Afghanistan yang dikeluarkan pada hari Khamis berkata terdapat percanggahan pendapat antara kedua-dua negara tentang status para tahanan  di penjara Bagram.

Oleh demikian itu, berikutan mesyuarat yang dihadiri oleh Presiden Hamid Karzai, telah memutuskan bahawa 45 daripada 88 orang banduan akan dibebaskan.

"Terdapat percanggahan persetujuan antara Amerika dengan Afghanistan apabila berkaitan kes-kes mereka," kata sebuah kenyataan mengikut perspektif di Herat.

Ketua NDS (Direktoriat Keselamatan Antarabangsa) berkata bahawa mereka telah melancarkan siasatan di setiap provinsi melalui jabatan Perisikan Afghanistan. "Hasilnya, mereka mendapati bahawa 45 orang daripada 88 tidak mempunyai bukti atau saksi bagi pihak mereka untuk membuktikan bahawa mereka telah melakukan suatu jenayah. 27  daripada mereka hanya mempunyai sedikit bukti, manakala 16 orang lagi mempunyai bukti yang mencukupi sebagaimana dalam rekod pasukan keselamatan Afghanistan.

"Keputusan Mesyuarat memutuskan untuk membebaskan para tahanan yang tidak berdosa dan tidak mempunyai bukti kukuh terhadap mereka. Pada masa yang sama, perisikan Afghan perlu melengkapkan siasatan mereka terhadap individu lain dan menyerahkannya kepada pendakwaraya Afghan."

Sementara itu, Amerika Syarikat menganggap para tahanan tersebut adalah merbahaya dan menuduh mereka terlibat dalam keganasan mencederakan dan membunuh tentera antarabangsa. Jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki berkata dalam taklimat  berita pada Khamis semalam; "72 tahanan berikut merupakan penjenayah yang merbahaya bahkan terdapat bukti kukuh yang menghubungkan mereka dengan jenayah keganasan, termasuklah penggunaan peranti bahan letupan, iaitu senjata yang lazim digunakan dalam serangan ke atas orang awam di Afghanistan."

Jeneral Yusuf Dunford ,komander tentera NATO di Afghanistan pula telah membuat bantahan rasmi kepada perkara tersebut. Beliau menyatakan bahawa tindakan tersebut telah melanggar perjanjian yang ditandatangani penjara Bagram pada bulan Mac lalu, termasuklah jaminan bahawa tahanan yang mendatangkan bahaya kepada rakyat Afghanistan dan pasukan antarabangsa akan terus dipenjara mengikut undang-undang Afghanistan.

Wakil Al Jazeera, Jane Ferguson telah melaporkan dari Kabul, bahwa keputusan Afghanistan tersebut akan merosakkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Pihak Amerika Syarikat mendakwa bahawa Lembaga Kajian tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan. Sehingga kini, tarikh pembebasan belum ditetapkan lagi. Persatuan Hak Asasi Manusia Afghanistan menyatakan bahawa keadaan akan menjadi lebih rumit kerana ia turut melibatkan AS dan kemungkinan besar pihak tersebut menjadi penentu samada mereka dibebaskan atau sebaliknya."

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook