Sanaa' - Pertempuran baru yang berlaku antara pemberontak Syiah Huthi dan kumpulan bersenjata telah menyebabkan sekurang-kurangnya hampir 13 orang terbunuh. Kejadian berlaku di utara Yaman, sumber berita melaporkan.
Keganasan yang tercetus di Wadi Khaywan dan Danan, Wilayah Amran pada hari Isnin dan Selasa minggu lalu masih berterusan sehingga kini yang melibatkan antara pemberontak dan puak Hashid.
Dilaporkan para pemberontak adalah antara yang terbunuh dalam pertembungan dengan pihak Sunni di Arhab, utara Sanaa di mana kedua-dua pihak terbabit mengawal antara tiga bukit yang menghadap kawasan lapangan terbang di sana.
Pergolakan pertama telah tercetus di Amran pada 5 Januari yang lalu apabila Huthis cuba untuk merampas kubu kuat Hashid. Rentetan daripada itu, pada 8 Januari suruhanjaya presiden telah melancarkan perjanjian bagi gencatan senjata, walaubagaimanapun pertempuran sehingga kini masih berterusan.
Sumber : Arab-News
Thursday, January 30, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment