Saturday, December 15, 2012

Majoriti Ulama Mesir Menyokong Dr Mursi



Sokongan kepada Dr Mursi masih berterusan "untuk mengukuhkan dan menyokong Perlembagaan," dengan ribuan manusia yang menyokong Presiden Mesir Mohamad Mursi, di lapangan Adawiyyah Kaherah baru-baru ini.

Syeikh Khaled Ghoneim salah seorang ulama Majlis Syar'iyyah menekankan kepada seluruh warga Mesir, "tidak akan Ridho tanpa syariah (hukum Islam)" dan mengecam beberapa orang yang menentang dan menarik diri dari Majlis Perlembagaan.

Pejabat berita rasmi mesir melalui seorang pegawai Mesir Timur Tengah dari ucapannya menekankan bahawa "Jamaah Islam tidak lemah, tapi kukuh .."

Ghoneim mengatakan dalam ucapannya di pentas utama, "Bantahan yang terjadi hakikatnya bukanlah pada  Perlembagaan tetapi pada Islam," katanya, dan menambah, "Warga Mesir yang penting, janganlah kamu berkompromi pada penerapan hukum Allah."

Ghoneim menuduh penunjuk perasaan di depan istana presiden, mereka ingin mengkudeta As syar'iyyah dan menekankan bahawa orang-orang Mesir sangat menyedari mereka lakukan konspirasi yang bertujuan untuk menghancurkan negara dan bukan untuk pelaksanaan undang-undang Islam. "

Perkara yang perlu diperhatikan adalah kekuatan politik Mesir akan menggerakkan penyokongnya yang dipersiapkan untuk referendum perlembagaan baru pada Sabtu. Manakala, dalam masa yang sama para pendukung Perlembagaan dan Presiden Mohamed Mursi telah bersiap sedia untuk perlembagaan baru ini di lapangan Tahrir dan tempat lain.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook