Wednesday, October 24, 2012

Jutaan jemaah haji ke Mina tanda bermula ibadah haji secara rasmi



Berjuta-juta jemaah haji tiba pada minggu ini di Mekah bagi menunaikan ibadah haji, yang secara rasmi bermula pada hari Rabu. Sekitar empat juta jemaah menuju ke Mina, di mana mereka akan menghabiskan malam mereka sebelum menuju ke Bukit Arafat pada awal pagi Khamis.

Jemaah  mula berangkat ke Mina pada malam Selasa selepas Tawaf Kaabah. Kerajaan Saudi telah mengutamakan keselamatan  jemaah dan telah mengerahkan beribu-ribu pasukan keselamatan bertugas di Mekah, Mina, Arafat dan Muzdalifah, semua bandar-bandar dalam radius 10 kilometer, untuk memastikan perjalanan ibadah Haji selamat dan terjamin.

Satu kenyataan daripada  Kementerian Dalam Negeri Saudi pada hari Selasa berkata bahawa jemaah sedang berangkat  ke Mina dengan lancar tanpa sebarang halangan, laporan rasmi Saudi Press Agency. Berjuta-juta jemaah akan menghabiskan malam mereka di Mina sebelum menuju ke Bukit Arafat pada awal pagi Khamis. (SPA)


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook