Tuesday, September 25, 2012

Presiden Morsi Tolak campur tangan tentera asing dalam kemelut Syria



Presiden Mesir Muhammad Mursi menekankan bahawa negaranya menentang "setiap campur tangan tentera asing" di Syria. Beliau menyebut gagasan yang disokong Barat menyerang negara Syria merupakan kesalahan besar.

"Saya menentang keras campur tangan asing dalam kemelut Syria," kata Morsi dalam sebuah wawancara dengan televisyen PBS Amerika pada hari Isnin kelmarin (24/9).

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini dan saya berpandangan bahawa langkah itu merupakan kesilapan besar jika perkara tersebut berlaku," tambahnya melalui seorang penterjemah. "Mesir tidak setuju dengan hal ini."

Presiden Mesir menyatakan bahawa kuartet yang dicadangkan diplomatiknya yang meliputi Mesir, Iran, Arab Saudi dan Turki boleh mencari penyelesaian diplomatik bagi rusuhan 18-bulan di Syria.

Presiden Mesir mengatakan bahawa beliau berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin dari tiga negara lain dalam kelompok Syria di luar Perhimpunan Agung PBB di New York untuk membincangkan kekejaman yang berlakudi Syria.

Pemerintah Syria telah menuduh kerajaan Arab Saudi dan Turki memberi senjata kepada kebangkitan rakyat di negara tersebut.


Sumber : Presstv

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook