Tuesday, September 25, 2012

Israel tutup sempadan Jordan-Israel Sepanjang Perayaan Yahudi - Yom Kippur



Isnin (24/9) -  Tentera Israel telah mengumumkan penutupan sempadan dengan Jordan selama 48 jam berikutan cuti Yahudi Yom Kippur.
 
Semua laluan dari Israel ke Jordan akan ditutup dari Isnin pada pukul 11:59 malam sehingga hari Rabu pada waktu yang sama, kata satu kenyataan tentera, atas arahan ketua tentera Israel Benny Gantz.
 
Warga Palestin tidak akan dibenarkan memasuki Israel selama tempoh ini, selain dari orang-orang yang memerlukan rawatan perubatan atau kerana alasan kemanusiaan, kata kenyataan itu.
 
Israel secara telah menutup sempadannya dengan Jordan selama cuti utama Yahudi dengan alasan keselamatan.
 
Sepanjang perayaan Yom Kipper, pengangkutan awam, radio dan program TV dihentikan.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook