Sunday, September 23, 2012

ketua doktor forensik : mubarak tidak pernah mengalami strok




Ketua doktor forensik Mesir berkata bekas pemerintah autokratik Hosni Mubarak sebenarnya tidak pernah mengalami strok dan dia berada dalam keadaan stabil.

Kameel Gorgy Ehsan membuat kenyataan dalam satu temu bual dengan akhbar harian  Al-Ahram yang diterbitkan pada hari Sabtu (22/9).

Gorgy berkata bahawa beliau bersama-sama dengan pasukan perubatan forensik yang lain,menyatakan pemeriksaan dijalankan sebanyak dua kali pada Husni Mubarak di hospital tentera dan lain-lain tempat dalam penjara Tora. Doktor berkata bahawa Mubarak hanya mempunyai tekanan darah rendah dan pening.

Beliau menafikan laporan yang disediakan oleh doktor peribadi Husni Mubrak yang mengatakan lelaki 84 tahun tersebut -Mubarak mengalami strok beberapa kali di penjara Tora.

Menurut laporan sebelumnya, Mubarak telah mengalami masalah pernafasan, tekanan darah tinggi, kemurungan, dan degupan jantung yang tidak teratur sejak Jun 2, apabila dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh hampir 900 penunjuk perasaan pro-demokrasi semasa revolusi tahun lepas.

Pihak Pakar perlu menggunakan alat pernafasan beberapa kali sejak Mubarak telah dipindahkan ke penjara untuk menjalani hukuman hidupnya.


Sumber : Presstv , Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook