Monday, September 24, 2012

Jordan Minta Google Sekat Semua Link Berkaitan Filem Anti Islam



Google telah bersetuju untuk menyekat semua link yang menghubungkan pengguna Internet di Jordan untuk filem anti-Islam yang dibuat di Amerika Syarikat yang telah menyebabkan kemarahan di seluruh dunia Islam, seorang menteri Jordan berkata pada hari Sabtu (22/9).

"Kami meminta Google untuk menyekat semua link yang berkaitan filem yang menghina Islam di dalam negara ini dan telah disambut baik daripada Google," kata Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Atef Tel Jordan,  dipetik dalam akhbar Al-Dustur.

Filem "Innocence of Muslims" yang mencetus kemarahan umat Islam dan anti-Amerika di bandar-bandar di seluruh dunia Islam mensasarkan simbol AS terdiri dari kedutaan, sekolah sehingga rangkaian makanan segera.

Google, syarikat induk YouTube, berkata pada hari Rabu bahawa filem anti-Islam akan dihadkan di negara-negara di mana filem itu dianggap haram oleh pihak berkuasa tempatan seperti India, Indonesia, Malaysia dan Arab Saudi.

Sumber : Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook