Tuesday, August 28, 2012

Tiada Hukuman Kepada Tentera AS Yang Membakar 100 aAl-Quran di Afghanistan



Penyiasatan  skandal besar pada bulan Februari lalu berkaitan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar salinan Al-Quran di pangkalan Tentera Udara Bagram di Afghanistan telah berakhir, para pegawai AS menyimpulkan bahawa tindakan tersebut faktanya lebih jauh lagi daripada anggaran orang selama ini.

Menurut para penyiasat, pasukan AS sebenarnya membakar sekitar 100 salinan Al-Quran dalam insiden bulan Februari tersebut, yang menyebabkan protes besar-besaran di Afghanistan dan hanya ditanggapi dengan "permintaan maaf" dari wakil pemerintah Obama.

Hal ini sama seperti para tentera AS yang menodai jenazah Afghan yang dirakam dalam sebuah video, mereka yang membakar Al-Quran juga tidak akan menghadapi tuduhan jenayah, apalagi hukuman.

Mereka hanya menghadapi "hukuman pentadbiran". Para pegawai AS mengatakan bahawa para tentera yang terlibat dalam pembakaran Al-Quran menerima hukuman pentadbiran, seperti hanya sedikit teguran atau gertakan dari pihak atasan, penurunan gaji atau pangkat, sementara seorang anggota Tentera Laut yang terlibat benar-benar terlepas tanpa teguran sama sekali .

Sementara itu walaupun Presiden Hamid Karzai mengutuk secara umum tindakan-tindakan tersebut, namun beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengheret mereka ke mahkamah.

Sumber : Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook